Monday, March 30, 2015
Ini Pengalaman Membeli Belah Saya Sebelum Pelaksanaan GST 1 April 2015.
"Ya Allah ya tuhanku.. GST ini akan membebankan aku. Dan membebankan mereka (rakyat marhaen). Bantu aku menyesuaikan keadaan dengan situasi itu. Telah aku cuba untuk menolak tetapi gagal. Beri aku kekuatan agar aku tidak lemah berhadapan masalah kewangan".
Aku tengok rakyat dah redha dengan pelaksanaan GST. Berbulan-bulan lamanya aku tengok PSM konsisten melawan GST tapi takde sambutan.
Banyak kali hantar memo cadangan dan bantahan.
Banyak kali anjur forum dan perbincangan.
Banyak kali suarakan bantahan dan himpunan.
Haram orang nak sokong dan peduli.
Mungkin kerana PSM parti kecil.
Atau mungkin orang rasa takde gunanya lawan GST.
Boleh jadi juga orang dah putus harapan nak melawan sebab tak mendatangkan impak besar. Pi mai pi mai macam tue juga. Bukan boleh ubah apa pun.
Semalam satu hari aku keluar. Aku pergi dari satu kedai ke satu kedai. Aku beli itu, aku beli ini. Aku simpan resit dari kedai itu dan aku simpan resit dari kedai ini. Hasil tinjauan akhir sebelum GST dilaksanakan.
Dan aku mengeluh. Rasa macam nak menangis pun ada juga. Silap-silap mao mati akibat tekanan melampau dengan kos sara hidup. Jauh sangat lari meninggalkan pendapatan yang lembab macam kura-kura.
Aku terserempak dengan seorang uncle cina yang meminta sedekah. Nak beli makanan takde duit. Jadi aku bagi rm5.00. Uncle itu dah minta dari 2 lelaki terawal sebelum aku menghampiri dia. Kedua-dua lelaki tue taknak bagi dia duit. Aku tak salahkan mereka. Sebab aku rasa mereka takut tertipu. Uncle itu bukan sakit bukan pula kurang sempurna. Mungkin bimbang duit itu digunakan untuk beli arak. Aku faham kerisauan mereka sebab memang ada gelandangan yang ketagihan arak dan dadah. Itu fakta. Cuma aku sudah mengubah pendirian aku beberapa tahun yang lepas. Kalau aku ditipu sekalipun maka aku rela. Risiko itu aku boleh hadap. Pandangan aku simple. Jika aku memberi, dia menipu tiada masalah. Tetapi bagaimana jika dia tidak menipu dan aku tidak memberi? Ini aku lebih takut. Jadi aku memang akan bagi.
Dan aku berfikir. Dengan pengenalan cukai GST kelak, harga makanan dan minuman akan naik. Dan uncle tadi itu, serta ramai gelandangan yang lain, juga NGO yang actively participate bagi menyediakan makanan percuma secara tidak langsung akan terimpak dengan pertambahan kos berikutan pelaksanaan GST.
Gelandangan perlu meminta lebih banyak sedekah bagi mengisi perut yang lapar.
NGO perlu mengutip lebih banyak wang, in order nak menyesuaikan diri dengan pertambahan kos barangan makanan.
Mungkin remeh pada kita. Tapi setiap dari kita berhadapan dengan masalah yang berbeza. Remeh pada kita belum tentu remeh pada mereka.
Semalam tinjauan aku mendapati aku banyak sangat salah faham tentang pelaksanaan GST. Dan selepas semakin memahami apa itu GST, diri aku menjadi lebih risau dan lebih terjejas.
Aku mengambil contoh Guardians.
Di Guardians, pekerja memaklumkan pada aku, setiap satu barang akan dikenakan caj GST. Jika barangan itu ada GST, maka harga jualan dah termasuk GST.
**Kat Guardians sekarang ada selected items tengah offer. Buy 1 get free 1. So kalau buy four you can get free four. Aku dah cuba jimat selagi boleh. Ada la borong serba sedikit semalam kat Guardians.
Di kaunter bayaran tidak akan dicaj GST untuk kali kedua.
Ini berbeza pula untuk pasaraya ternama seperti GIANT, JJ, TF dan sebagainya.
Mereka akan kenakan CAJ GST ke atas setiap penjualan barang.
Ini contoh ;
A membeli 1 item di pasaraya terkenal. Item tersebut telah tertakluk GST oleh kerajaan ke atas syarikat/jenama tersebut.
A kemudiannya membayar di kaunter.
A kemudiannya dicaj GST oleh pasaraya tersebut di dalam resit pembelian.
Maka, A tertakluk GST di atas item yang dibeli dan di tempat dia membeli.
So bila menteri sebut begini ;
Maka, aku dah dapat tangkap point dia.
Dia kata, kalau kita tidak mahu dicukai, maka jangan membeli belah di pasaraya.
Tapi jika menteri lupa, suka aku nak ingatkan, kerajaan sendiri ada buat kempen kedai harga patut. Kempen2 begini disertai oleh beberapa pasaraya terkenal. Secara tak langsung kerajaan sendiri dah menyemai persepsi membeli belah di pasaraya besar lebih jimat disebabkan faktor mereka membeli borong maka mereka dapat menawarkan harga yang lebih murah kepada pelanggan. Tapi kalau pun kerajaan tak buat kempen macam tue, kita yang biasa membeli neh pun tahu memang membeli di pasaraya lebih jimat. Ada banyak item lebih murah 20sen, 40sen, 60sen, seringgit, dua ringgit berdasarkan kepada promosi yang ditawarkan ikut musim. Dan sekarang disebabkan GST, kerajaan nak suruh kita jangan membeli di pasaraya sebaliknya beli la di kedai-kedai biasa.
Tapi itu pun tak betul juga.
Kita mungkin boleh elakkan GST di pasaraya. Tapi GST item itu sendiri masih tetap ada walaupun di kedai biasa. Sebab GST dicaj per item. Dan per perkhidmatan. Bukan dicaj per syarikat semata-mata.
Ini takan menteri buat-buat lupa?
Satu lagi. Semalam semasa singgah di kedai telekomunikasi untuk membeli topup CELCOM sebanyak dua kali (kali pertama kena telan tanpa dapat guna langsung disebabkan data intenet tak off, fak pula aku rasa tak memasal) kedua-dua kedai yang aku singgah memberikan respon yang berbeza.
Kedai pertama cakap. Ada GST untuk topup. Lepas neh untuk topup 5 aku kena bayar 5.60. Dan topup 10 pun kena bayar 10.60.
Aik. Aku jadi pelik.
And kedai kedua pula cakap. Tatau. Cukai ada. Tapi tatau berapa lagi akan dikenakan terhadap aku (customer).
Neh satu lagi biol.
Kad prabayar ada SST 10%. Sekarang SST 10% dah tukar kepada GST 6%. Maksudnya jika dulu mereka jual kad topup 5, 10, 30 dengan serap cukai SST 10%, pasal apa sekarang GST 6% mereka taknak serap, sebaliknya alih ke atas pengguna?
Yang neh menteri kena memekak la. Mentang2 la syarikat telekomunikasi MAXIS, CELCOM, DIGI semua suku sakat dia, buat derk jek walaupun dah dikritik berkali2.
Tapi kan. Semalam kira biol gak aku masa topup CELCOM. Aku tak pernah lagi guna CELCOM prepaid. Kalau postpaid pernah la. Masa topup tue entah macam mana tah aku baca. Aku pergi taip *122*16 then masukkan no topup. 2 kali aku buat tak jadi-jadi. Kena tipu ke apa aku neh. Then aku baca balik arahan dia. Buat kali keempat kot. Lepas tue aku dapat tangkap. Dia nak suruh aku masukkan 16 digit no topup. Bukan no 1 dan 6 tue. Nasib baik aku dapat tangkap sebelum masuk kedai topup untuk tanya. Kalau tak sia2 je kot kena bahan. Tak memasal malu kena gelak beb.
KAH KAH KAH
So, beli barang di Guardians ada cukai. Pasaraya besar juga ada cukai. Beli kad topup juga ada cukai. Bila ada cukai maksudnya ada penambahan perbelanjaan bagi mendapatkan sesuatu barangan dan perkhidmatan. Maka, secara langsung perbelanjaan aku meningkat la. Bila meningkat, aku nak kena kerja lebih untuk dapat wang lebih bagi menyesuaikan kewangan aku dengan cukai baru.
Ini menteri cakap tak membebankan? Nampak sangat penipu nya.
Selain dari itu, harga barangan semalam banyak yang dah naik. Baju sekolah yang harga 19.30 (aku sembang dengan pekerja semalam), dah jadi 21.90 sebelum GST. Dan dia kata, lepas GST akan jadi lebih mahal.
Dan bila aku godek2 isu tandas awam dikenakan GST dari beberapa pihak, aku difahamkan tandas awam yang dikenakan GST ialah merujuk kepada tandas2 awam oleh syarikat2 besar. Contohnya macam sebuah syarikat yang bina bangunan. Hmm.. macam BERJAYA TIMES SQUARE. Ada tandas awam kan? Hah, syarikat itu tertakluk GST dan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka juga tertakluk GST. So, masuk tandas awam memang kena bayar GST. Tandas yang disediakan oleh peniaga2 kecil takde GST. Kalau masuk mana-mana shopping complex terkenal, siap la kau dengan cukai lagi ketika guna tandas. Hah, mendapat. Memang kencing dan berak pun ada cukai now.
Satu lagi yang aku tengok semalam. Berlaku pembelian panik di kalangan pengguna. Ini satu situasi yang peniaga memang suka. Pembelian panik menguntungkan peniaga dan merugikan pengguna.
Mana taknya, mesin ATM di beberapa lokasi sekitar Selangor, KL, Penang, Perak, Johor (hasil maklumat dari perkongsian rakan2) kehabisan wang. Ramai orang sibuk keluarkan duit dan membeli belah di saat akhir sebelum GST dilaksanakan. Aku tak buat macam tue. Sebaliknya aku memang sengaja tangguhkan pembelian dan beli pada saat-saat akhir GST dilaksanakan sebab nak simpan resit dan pembuktian.
Pada aku. Aku memang faham point2 kerajaan tentang GST. Tapi bagi yang kurang faham, mereka akan panik dan mula nak memborong itu ini. Sungguh pun tak semua peniaga tamak, tetapi yang mana suka amek kesempatan tue, akan menipu pelanggan.
Dengan GST, yang dicukai 5% dalam SST, akan ada barangan yang naik sedikit, pertambahan harga jualan.
Dengan GST, yang dicukai 6% dalam SST, sepatutnya harga barangan dan perkhidmatan tersebut tidak berubah, contohnya KFC. Sungguh pun ramai dah complen harga KFC sekarang semakin mahal. Pelik juga aku. Jika Domino boleh turunkan harga, mengapa KFC dan PIZZA HUT tak mengambil pendekatan yang serupa sedangkan mereka berdua lebih kurang sama kategori? Jenis fast food juga. Btw, Pizza's Hut ada service tax 10% kalau makan kat tempat dia. Adakah, kita akan dicukai atas service tax tersebut? Sama macam OTWC?
Tengok ;
Dicukai atas service tax. Itu satu. Tapi ada bab lain yang buat aku jadi pelik.
Beli makanan ada GST.
Beli minuman pun ada GST.
Betul ke kerajaan amek GST macam neh?
Kalau betul maka adakah KFC pun macam neh? Beli 1 set, ada GST?
Aku rasa bagus juga menteri siasat poster OLD TOWN WHITE COFFEE neh. Pasal aku rasa was-was.
Untuk rekod, di wall OTWC, dorang kena kritik kaw2 oleh pengguna sebab mencaj service ke atas pelanggan padahal service mengarut je lebih. Lihat sini.
Kalau aku la kan, kedai kalau service haprak, aku tak singgah dah.
Nak salahkan kita yang singgah atau kedai yang tawarkan service haprak?
Ada otak, fikir le.
Dan dengan GST juga, yang tidak dicukai oleh SST, tetapi dicukai oleh GST, harga barangan dan perkhidmatan juga akan meningkat. Contohnya macam barangan telekomunikasi dan komputering.
Dan GST juga berupaya kurangkan harga barangan yang mana cukai SST sebelum neh pada kadar 7-16% tetapi jadi murah dengan GST 6%.
Yang neh kerajaan gagal declare dengan menyeluruh dalam website kastam. Kan aku dah sebut dulu. Kerajaan nak provide buku, bukan semua boleh dapat. Sebaliknya kerajaan kena sediakan detail menerusi website. Kita boleh akses pada bila-bila masa dan tunjuk bukti pada pekedai (atau kumpul bukti) jika barangan tersebut naik harga dan mereka beri alasan GST sebagai punca.
At least kita ada point nak berbahas. Jika mereka kata kerajaan tipu then kita tahu nak mengadu dan bersedia kumpul bukti. Rata-rata aku bersembang semalam, ramai yang kurang mahir atau kurang faham bagaimana GST akan mempengaruhi hidup mereka. Cuma mereka berkongsi 1 persamaan. GST akan membebankan dan meningkatkan harga barangan. Kerana apa? Kerana kegagalan jentera kerajaan berikan penerangan yang jujur.
Sepatutnya cakap aje jujur2 ada barangan dan perkhidmatan yang naik angkara GST.
Macam kes bawah neh ;
Pusat Tuisyen ada GST. Beli kad pelajar KTMB pun ada cukai. Dan beli barangan online pun sama dicukai.
Aku tak faham apa motif mencukai pusat tuisyen dan KTMB neh. Yang tertakluk pada perkhidmatan tersebut pelajar-pelajar. Ingatkan nak bantu kurangkan kos mereka mendapatkan pendidikan, sebaliknya menambahkan lagi beban sedia ada. Bukan kita semua tatau pendidikan berkualiti kat negara ini MAHAL NAK MAMPOS. Bukan cakap tipu atau fitnah. Tengok sendiri menteri2 hantar anak pergi sekolah mana. Rakyat pergi sekolah mana. Tengok beza sekolah bandar dan desa. Tengok juga beza sekolah yang menempatkan anak menteri dengan sekolah yang takde anak menteri. Double standard dan diskriminasi dah jadi perkara biasa dah kat negara neh kot.
So, kerajaan boleh amek kesempatan, mencukai mereka?
Power tak power juga la penyokong2 kerajaan. Punya la nak membekap dan mempositivekan sebaik mungkin tindakan kerajaan mencukai beberapa perkhidmatan yang tak sepatutnya depa cakap begini kat aku.
"GST akan menyebabkan semua jenis/bentuk perniagaan mendedahkan transaksi jual beli mereka. Berapa banyak mereka amek untung. Itu semua terdedah dan kita tahu. Secara tak langsung kastam tahu la sapa yang letak harga tak munasabah dan keterlaluan dan siapa pula yang meniaga dengan amek keuntungan yang berpatutan".
Hak ala.
Kalau kastam tahu pun, dia boleh buat apa?
Kastam tak mampu nak desak peniaga jual harga barangan dengan harga patut. Sebab menteri sendiri pun takde cara. Cara menteri hanya seru boikot aje.
So, benda2 macam tue kalau tahu ke tatau ke bukan ada manfaat pada pengguna macam aku. Macam kastam nak dedahkan pula butiran penuh transaksi perniagaan. Kot2 la nak bagi kita kesedaran betapa kita tertipu. Tapi tak juga. Kastam tahu tapi takan berbuat apa-apa. So, takde effect apa pun pada kami-kami neh hah.
Yang boleh kita buat ialah ;
- Esok 1 hari sebelum menjelang pelaksanaan GST.
- Jangan panik. Panik akan membuatkan kita terdorong membuat keputusan yang salah. Dan masa neh la tetiba beria nak beli itu beli ini atas alasan simpan stok. Pembelian panik neh sebenarnya mengundang 'limpahan sale' oleh peniaga. Mereka untung. Kita plak yang panik tak memasal.
- Kena cari maklumat. Apa barang yang bebas GST dan apa barang yang berGST. Barang dan perkhidmatan yang berGST pula kena selidik, ia sepatutnya lebih mahal, kekal atau lebih murah jika GST dilaksanakan. Yang neh kerajaan cuma bagi panduan kasar dan ringkas. Tak menyeluruh. Jadi kita mungkin tidak tahu dan keliru. Cara nak atasi kita kena jadi peka dan rujuk pihak yang berkaitan untuk pastikan persoalan kita.
- Jika rasa ragu-ragu, hubungi je la KDPNKK. Melalui email dan panggilan pun boleh. Ikut pengalaman aku, sebarang pertanyaan dan aduan melalui email KPDNKK akan dilayan dengan cepat dan mesra. Ini pengalaman aku sendiri la. Mungkin dapat staff yang betul-betul buat kerja kot. So jika rasa tertipu dengan peniaga2 tamak yang sengaja amek kesempatan, contohnya syarikat telekomunikasi yang kenakan cukai ke atas kita, kita boleh report nama kedai. Aku akan report selepas lakukan pembelian. Betul ke tak mereka akan alihkan cukai ke atas aku. Setakat neh ada yang kata ya dan ada yang kata tidak boleh. Agak confused sebenarnya neh.
- Elektrik, internet, transfer duit, bayar bil di pos, petrol 97, ini antara yang berGST. Pandai-pandai la kita hadap nak sesuaikan diri bila kita dah memilih untuk lawan main2 dalam isu GST.
- Kalau pun kita nekad nak ubah keadaan, cuma demo berimpak tinggi je mampu ubah pendirian kerajaan. Kerajaan mungkin tidak akan batalkan GST, samada tangguh atau turunkan kadar GST dari 6% kepada 4% atau 3% buat permulaan. Ini rakyat boleh buat sebenarnya. Untuk kali terakhir. Samada serbu parlimen atau Putrajaya ramai-ramai. Tak cukup 100 ke 1,000 ke 2,000 ke yang hadir. Kurang2 10,000 dan ke atas. Jika hari cuti, 1 juta turun ke jalanan bantah GST. Tapi dah terlambat untuk demo pada hari cuti. Kita cuma ada 1 hari sahaja lagi. Esok hari terakhir. Dan esok bukan hari cuti. Rasa-rasa korang rakyat 10,000 - 20,000 nak ke turun di parlimen bagi membantah GST? Rasa-rasa korang rakyat ada ke kemahuan dan keinginan serta semangat untuk melawan pada esok? Dari pemerhatian aku, bila melihat pasaraya itu penuh, pasaraya ini penuh, instead of melawan rakyat memilih untuk serah kepada takdir. Rakyat Malaysia dah redha dengan GDT. BN hanya laksanakan sesuatu yang rakyat dah terima secara tak langsung melalui tindakan.
Fikir2kanla ek.
Nota : Page SAYA BENCI HARGA BARANG NAIK akan mengambil semua aduan pengguna berkaitan GST bermula 1 April nanti dan tag menteri berkaitan untuk aduan selanjutnya. Page tersebut juga akan email kepada KPDNKK atas sebarang aduan jika ada berkaitan GST. Jika korang rasa tertipu atau ditipu, sila bekalkan maklumat berkaitan dan share di wall page supaya content tersebut boleh di-reshare kembali untuk perhatian semua.
Harap maklum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.