`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, March 31, 2015

Polis menyamar banduan, pantau Anwar?

Image result for PDRM

KUALA LUMPUR 31 MAC- Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendedahkan wujudnya kemungkinan pihak polis membuat penyamaran sebagai banduan untuk memantau pergerakan Anwar di penjara.
Menurut sumber yang tidak didedahkannya, Johari menegaskan tindakan itu adalah tidak relevan sedangkan pemantauan terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di penjara sudah memadai ketika ini.
"Kita menerima maklumat daripada sumber wujudnya penyamaran daripada pihak polis di penjara untuk memantau pergerakan Anwar.
"Saya tidak tahu sumber ini tepat atau tidak sebab kita belum ada maklumat secara terperinci mengenainya. Tapi saya akan bertanya perkara ini kepada menteri di Parlimen adakah benar melalui maklumat yang kita dapat ini," ujarnya.
Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar berkata, Anwar juga kini dikawal secara rapi melalui kawalan CCTV dan pengawal penjara.
"Di penjara sudah ada CCTV dan kawalan keselamatan yang lengkap daripada pegawai dan petugas penjara. Anwar sentiasa dikawal setiap15-20 minit. Sekarang beliau sudah dipenjara, kenapa perlu ada CCTV?
"Ini satu perkara di luar batas kemanusiaan apabila kehidupan kita dikawal dan dipantau setiap masa," tegasnya. -KD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.