`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 30, 2015

Ini cubaan memperbodohkan pengundi Permatang Pauh oleh pemimpin UMNO..


Niatnya jelas cuba untuk memecah belahkan perpaduan antara sesama penyokong Pakatan Rakyat yang ada dalam Parlimen Permatang Pauh..

Dalam masa yang sama beliau juga cuba memperbodohkan penyokong dan pengundi PAS di Permatang Pauh..

Kononnya.. "Sekiranya PAS dapat membuktikan pengaruh mereka sebagai penentu kemenangan BN di Permatang Pauh dalam PRK akan datang ini, maka DAP dan PKR pasti tidak berani mencabar PAS yang dikatakan akan keluar meninggalkan pakatan pembangkang," 

Hakikatnya ialah terdapat tiga DUN dalam Parlimen Permatang Pauh, satu dikuasai oleh PAS iaitu Permatang Pasir manakala dua lagi oleh PKR iaitu Penanti dan Seberang Jaya.

Jika ada penyokong PAS yang bodoh termakan kata-kata pemimpin UMNO ini.. andaikata BN menewaskan PKR dalam pilihanraya kecil yang mungkin akan berlaku dalam masa yang terdekat, bagaimana pula dengan kerusi PAS di Permatang Pasir?

Jika penyokong PAS memilih untuk mengundi BN dalam PRK yang mendatang ini.. kerusi PAS di DUN Permatang Pasir juga akan tidak selamat jika penyokong PKR dan DAP memilih untuk mengundi BN pada PRU akan datang..

Jadi jika ada dikalangan penyokong PR yang termakan kata-kata pemimpin UMNO ini.. MUNGKIN dengan mudah UMNO/BN akan kembali menguasai kerusi Parlimen Permatang Pauh dan DUN Permatang Pasir..

Laporan berkaitan..

Ketua Umno Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said mendakwa, kemenangan calon PKR di Permatang Pauh sebelum ini merupakan hasil pengaruh PAS, lapor Utusan Malaysia hari ini. 
Katanya, Umno bahagian itu memerlukan sokongan PAS untuk memenangkan calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) yang akan datang kerana parti Islam itu mampu memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN). 
Akhbar milik Umno itu memetik Zaidi berkata, komitmen PAS itu penting demi membuktikan penyatuan umat Melayu di negara ini bermula di Permatang Pauh. 
"Saya amat yakin ini masa terbaik bagi PAS membuktikan yang kemenangan calon PKR selama ini di Permatang Pauh adalah disebabkan sokongan daripada pengundi PAS. 
"PKR dan DAP tidak mempunyai pengaruh dan kekuatan yang mencukupi untuk menumbangkan BN tanpa sokongan daripada ahli PAS. 
"Sekiranya PAS dapat membuktikan pengaruh mereka sebagai penentu kemenangan BN di Permatang Pauh dalam PRK akan datang ini, maka DAP dan PKR pasti tidak berani mencabar PAS yang dikatakan akan keluar meninggalkan pakatan pembangkang," beliau dilaporkan berkata. 
Dalam masa sama, kenyataan beliau yang seperti mengapi-apikan PAS dan parti sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) itu juga mengingatkan PAS membuktikan ia bukan "rakan belasahan" DAP dan PKR sehingga tidak diberi tempat sebagai exco kerajaan Pulau Pinang. 
"Sikap mengalah dan menurut segala telunjuk PKR dan DAP menimbulkan perasaan tidak puas hati yang terpendam sekian lama dalam kalangan ahli PAS di Pulau Pinang terutamanya. 
"Kekalahan di kubu kuat PKR (Permatang Pauh) ini nanti akan mengubah senario politik dalam negara pada pilihan raya umum ke-14 nanti dan ini juga dapat membuktikan peranan PAS dalam PR selama ini bukanlah sekadar melukut di tepi gantang," katanya. 
PRK Permatang Pauh dijangka diadakan susulan wakil rakyatnya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara 5 tahun oleh Mahkamah Persekutuan bulan lepas selepas disabitkan kesalahan liwat ~ The Malaysian Insider

Macai boleh lah diperbodohkan...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.