`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Tuesday, March 31, 2015

Isu air: Pembangkang salahkan Azmin


Pembangkang Selangor mendakwa Menteri Besar, Azmin Ali sengaja melambat-lambatkan penstrukturan industri air di negeri itu.

Penyelaras DUN Pembangkang Selangor Mat Nazari Ahmad Dahlan mendakwa demikian dengan membangkitkan isu status tanah yang diuruskan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) di Semenyih dan Bukit Nanas.

"Pembohongan menteri besar dan kerajaan negeri semata-mata berebut harta dan aset Wilayah Persekutuan dan sengaja melengah-lengahkan kemajuan yang ingin dibawa kerajaan persekutuan menjadi tanda tanya kepada kami,” kata Mat Nazari.

Dalam sidang medianya di bangunan DUN hari ini, beliau mengulas kenyataan Azmin yang membantah hasrat kerajaan persekutuan untuk mengambil alih kesemua tanah milik syarikat konsesi.

Rancangan tersebut dimuatkan dalam syarat yang menurut Azmin baru dimasukkan dalam perjanjian utama antara kerajaan Selangor dan persekutuan bagi penstrukturan industri air.

Semakan semula oleh Pesuruhjaya Tanah mendapati kedua-dua aset itu milik kerajaan Persekutuan dan sah digunapakai dalam perjanjian pajakan yang bakal ditandatangani Pengurusan Aset Air Berhad dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Menurut Menteri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, status bagi tanah di Bukit Nanas dan Semenyih itu bagaimanapun hanya akan ditentukan selepas perbincangan lanjut antara kedua-dua belah pihak. -Mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.