`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, March 31, 2015

Hadi Sanggup Percaya Bohong UMNO Walaupun PR Pecah

Perdebatan YB Mahfuz Omar di Parlimen bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir membuktikan UMNO telah berbohong dalam isu hudud. 

Pimpinan kerajaan Kelantan, Mat Yaakob dan Nik Amar, telah mempercayai bulat2 janji Najib dan Jamil Khir untuk meminda Akta 355.


Setelah pembohongan terbuka UMNO ini pun Presiden PAS masih terus berdegil dan hendakkan pembentangan "Rang Undang2 Persendirian" (PMB) yang membolehkan "hudud" dilaksanakan.

PINDAAN AKTA 355 BUKAN UNTUK SEMUA HUDUD

Sekiranya Private Members Bill yang Haji Hadi hendak bentang di Parlimen bagi pemindaan Akta 355 berjaya sekalipun, hanya undang2 sebat sahaja yang boleh dilaksanakan.

Hukuman2 hudud yang lain seperti pancung, rejam, salib dan potong tangan masih tidak boleh dilaksanakan.

Itu pun khabarnya hanya 39 sebatan sahaja yang boleh dilaksanakan tak sampai 100 yang disebut dalam Al Quran.

Maka, untuk ini Haji Hadi sanggup memecah belahakan Pakatan Rakyat.

Nampak sangat agenda hudud ni hanya untuk pecah belahkan Pakatan Rakyat bukan untuk perlaksanaan hukum Allah SWT

KESAN PAS DITENDANG DARI PAKATAN RAKYAT

Kalau PAS terkeluar dari kerajaan negeri Selangor dan Penang, maka semua wakil2 rakyat PAS akan hilang peruntukan DUN dan besar kemungkinan terpaksa mencari sumber sendiri.
Pakatan Rakyat masih boleh berdiri di Selangor dengan formula:
Dap : 15
PKR : 13
PAS : 2

Bersamaan 30 kerusi.


Di Penang formulanya adalah DAP 19 + PKR 11 = 30 kerusi dari 40

ADUN2 PAS yg 13 lagi terpaksa berpindah ke kerusi pembangkang dan exco2 pas kena letak jawatan.

Semua wakil2 PAS dlm majlis daerah, glc, jkkk, penghulu, pembantu2 exco dsbnya hariz meletak jawatan.

Takpa kalah yg penting wala.

TULANG BESI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.