`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, March 7, 2015

Pengalaman ngeri pengguna di stesen PETRONAS ..



Saya membayar wang RM50 untuk mengisi minyak kereta saya di PETRONAS pengkalan pasir, pasir mas, kelantan pada 6/3/15 jam 2.35 petang.

Bila saya mengangkat gagang (nozzle) minyak, tanpa mengisi minyak atau menekan picu pada pemegang (nozzle) tiba tiba meter sen terus naik 36 sen tanpa
saya berbuat apa apa dan minyak tidak setitik pon keluar.

Saya sudah maklum kpd staf dan staf kata mesin atau pum mereka ok. Siap mereka kata lagi saya sudah isi dah. Saya kata pada mereka setakat 36 sen saya
tidak heran tapi saya tidak mahu orang lain tertipu. Patutnya staf ambil la aduan saya bukan terus kata pam mereka ok dan saya sudah isi minyak.

Saya baru angkat gagang dan meter terus bergerak, apa cerita??

Saya yakin ianya satu penipuan kepada pengguna. Harap pihak berwajib dapat menyiasat

Sebagai peguam, saya bukan mencari publisiti namun berharap agar pengguna lain tidak tertipu sebagaimana terjadi kepada saya.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.