`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 9, 2015

Whatsapp Palsu Lagakan Dr. Dzul Dengan Mahfuz Disebarkan

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa terdapat pihak yang menfitnahnya dengan menyebarkan 'screenshot' perbualan aplikasi Whatsapp yang telah disunting.


Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa terdapat pihak yang menfitnahnya dengan menyebarkan ‘screenshot‘ perbualan aplikasi Whatsapp yang telah disunting.

Katanya, perbualan tersebut tidak pernah wujud dan ia sebenarnya telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan niat buruk.

“Itu bukan gambar profil Whatsapp saya dan saya tidak pernah bertanyakan soalan berkenaan.

“Perbualan melalui Whatsapp antara saya dengan individu yang tidak dikenali menunjukkan seolah-olah saya mempertikaikan kewibawaan Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tidak mahu menuduh mana-mana pihak dalang di sebalik penyebaran fitnah itu.

Keratan aplikasi Whatsapp Dr. Dzulkefly yang tersebar menyatakan bekas anggota elit polis, Koperal Sirul Azhar Umar enggan berjumpa dengan Datuk Mahfuz Omar dan hanya hendak berjumpa dengan keluarganya sahaja.

- therakyatpost

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.