1. Betul kami kelompok kalah. Tetapi tidak pernah dalam sejarah pemilihan, berlaku kalah yang gugurnya setandan sebegini. Kami mengakui kekalahan itu, namun kekalahan yang mungkin juga merupakan 'rahmat yang tersembunyi'.
2. Kami dikalahkan dengan cara telah pun tuan-tuan ketahui. Kelompok kami dianggap sebagai mengekang kelompok yg diketuai presiden kerana setiap kali mesyuarat kelompok ini datang dgn penghujahan yang cukup, sehingga presiden tidak dapat membuat keputusan dalam perkara dasar. Hakikat ini diakui okeh Ketua Dewan Ulama (intrview MM).
3. Betul juga kita kelompok 'kecewa'. Kita kecewa kerana sejurus kita kalah, sementara TGNA sudah tiada, PAS membuat pendirian berpisah dengan DAP, sekaligus berakhirnya PR. Mengkuburkan satu muafakat politik yang disuburkan sekian lama yang memberi manfaat yang besar kepada perjuangan Islam yang inklusif dalam sebuah mesyarakat majmuk.
4. Asalnya tiada sorang pun di kalangan kami mahu buat parti baru. Tak ada niatpun. Tapi pada 16 Jun di Johor, kami buat brainstorming, sebulat suara bersetuju meneruskan perjuangan TGNA, membawa Islam 'Rahmatan lil alamin' yang menaungi semua. Semua berasa selamat dan terbela di bawah lembayung 'Islam Untuk Semua'. Justeru cara terbaik untuk membawa mesej itu adalah dengan meneruskan tahaluf siyasi.
5. Kenapa kami tubuh wadah baharu, adalah kerana mahu mengangkat kembali agenda Pakatan Rakyat 2.0 utk depani persaingan sengit PRU14 akan datang.
6. Kalau persoalan hudud dijadikan sebab PR pecah, itu tidak tepat. Ketika metrai polisi bersama pada April 2008 pun tidak agenda hudud dalam 'Dasar-dasar Bersama atau 'CPF'. Sejak awal lagi tidak ada. Zaman TGNA masih ada, Karpal Singh masih ada. Bab hudud kita 'setuju untuk tidak bersetuju'. Kelantan boleh terus bentang dan rakan-rakan boleh kekal tidak setuju. Mengapa berubah sikap dan pendirian? Tentunya banyak lagi yang tidak difahami umum. Mengapa langgari perjanjian tahaaluf?
7. Kami berkeyakinan ini wadah politik Islam baru untuk menjadi satu penyelesaian kepada kemelut dan krisis yg didepani negara dan rakyat. Kami meyakini bahawa ini kehendak dan desakan rakyat untuk kami angkat semula PR 2.0 bagi berdepan kemelut kebobrokan pentadbiran negara pimpinan Najib Razak dan Umno-BN.
8. 1MDB meletakkan Malaysia 'sempurna' dalam krisis. Tiada lagi aspek dalam negara yang tidak berkrisis dan dalam kerentakan. Semua cabang kuasa yakni Legislatif dan Judisiari, dijerut dan dicekik pihak Eksekutif. Negara hampir lumpuh dan kegagalan sistem itu dicerminkan oleh keruntuhan nilai matawang ringgit negara.. Alahai!
9. Jadi inilah masanya, rakyat membuat perubahan bersama kami harapan baru sekaligus bersama Pakatan Rakyat 2.0 menumbangkan UMNO-BN.
-Team media GHB
GHB: Gabungan baru untuk sejagatkan Islam
Parti Islam baru, yang yang digerakkan bekas pemimpin kanan PAS, akan menyertai gabungan baru bersama PKR dan DAP demi 'meluaskan' sifat inklusif dalam Islam.
Setiausaha Gerakan Harapan Baru (GHB) Dr Dzulkefly Ahmad berkata langkah itu demi menunjukkan Islam sebagai agama rahmah dan mampu bekerjasama, bukan mengasingkan diri dan memandang rendah pihak lain.
"Muafakat ini (gabungan pembangkang baru) sebagai wasilah untuk menunjukkan Islam yang sejagat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
"Kita tidak mahu menimbulkan satu persepsi bahawa Islam ini adalah untuk kelompok Muslim sahaja (apabila Pakatan Rakyat terungkai).
"Ia memberi satu tanggapan buruk kepada Islam bukannya sikap inklusifnya," katanya lagi.
Media melaporkan parti Islam itu bakal dinamakan sebagai parti Amanah Rakyat tetapi pemimpin GHB enggan mengesahkannya buat masa ini.
Anggota bukan Islam
Tokoh DAP Lim Kit Siang hari ini berkata satu gabungan baru pembangkang dapat dibentuk sempena Hari Malaysia 16 September ini, jika parti Islam baru dibentuk menjelang 31 Ogos.
Pembentukan gabungan baru itu sedikit sebanyak dilihat akan mewujudkan landskap baru politik tanah air apabila PAS, sebuah lagi pembangkang berpengaruh, akan bergerak sendirian.
Sementara itu, Dzulkefly berkata terdapat sambutan luar jangkaan masyarakat terhadap penubuhan parti baru khususnya daripada komuniti Cina dan India di samping kaum Melayu-Islam, di bandar, pinggir bandar dan luar bandar.
Katanya, mereka merasakan PAS "tidak memenuhi harapan mereka" termasuk menjadi ahli penuh untuk memilih kepimpinan parti.
Parti baru itu menerima keanggotaan penuh bukan Islam, walaupun menjadikan Islam sebagai ideologi teras.
Berhubung status pendaftaran pula, Dzulkefly berkata pihaknya telah menyediakan semua dokumen untuk melengkapkan proses pendaftaran sebagai parti politik di Jabatan Pertubuhan (RoS).
ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat. Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya. Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka. MOHD AZWAN AHMAD a/k Maybank : 104013154427 Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR) Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.