Wednesday, September 23, 2015
Blog dakwa artis nyaris dirogol kerana Mercedes
Satu daripada 17 laporan dibuat oleh Pengerusi Gabungan NG0-NGO Malaysia Datuk Jamal Md Yunos hari ini membuka semula lembaran cerita seorang artis wanita yang didakwa pernah hampir dirogol satu ketika dulu.
Kejadian yang berlaku pada 2013 itu berpunca apabila artis terbabit dikatakan mahu berunding mengenai urusan jual beli kereta Mercedes Benz.
Artis berkenaan didakwa sudah membayar wang berjumlah RM175,500 daripada harga sebenar ditetapkan iaitu RM220,000.
Bagaimanapun, artis itu gagal mendapat kereta yang dijanjikan dan becadang untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan mengadakan pertemuan di sebuah hotel.
Baru-baru ini, seorang individu pula tampil mendedahkan dalam Facebook mengenai identiti datuk berkenaan yang didakwa sebagai Jamal dan kenyataan itu dimuatnaik dalam sebuah blog.
Nafikan kejadian berlaku
Menurut sumber yang dikenali sebagai Rony Finster itu, dia mengetahui maklumat terbabit daripada mulut artis terbabit sendiri.
Katanya, Jamal memberi artis berkenaan pil khayal, dibogelkan malah turut diugut dengan pistol.
Sementara itu, dalam sidang media hari ini Jamal menafikan perkara terbabit dengan membuat laporan polis bagi membersihkan namanya daripada segala fitnah dan tohmahan.
Jamal yang juga Ketua Umno Sungai Besar menjelaskan, sebagai ahli perniagaan dan juga memiliki syarikat hiburan, beliau mengenali ramai artis termasuk Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.
“Saya kenal artis (yang didakwa hampir dirogol) dan ramai saya pernah jumpa, Siti Nurhaliza pun saya pernah jumpa dan artis lain pun saya pernah jumpa,” katanya.
Bagi Jamal, segala tohmahan dan fitnah dibuat oleh penulis blog terbabit dianggap amat keterlaluan.
Sehingga kini Malaysiakini masih cuba mendapatkan reaksi artis terbabit berhubung kejadian.
- mkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.