`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, September 30, 2015

Patutlah Bacaan IPU Kita Terlalu Berbeza Daripada Singapura.. Ini Sebabnya

Putrajaya hari ini menggunakan perbezaan saiz negara sebagai alasan mengapa Malaysia masih lagi ketinggalan dalam menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berdasarkan bacaan parameter PM2.5 seperti Singapura.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamim Samuri berkata, memandangkan saiz Singapura yang lebih kecil, maka pemasangan bacaan IPU parameter tersebut lebih mudah berbanding Malaysia yang memerlukan tempoh masa lama.

"Jawapan jujur mudah sahaja. Negara Singapura kecil tak perlu mesin yang banyak. Kita satu Malaysia, termasuk Semenanjung dan Sabah Sarawak," katanya pada sidang media khas mengenai jerebu di Wisma Sumber Asli, Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata ia tidak bermaksud kementeriannya tidak peka dengan keperluan tersebut, kerana cadangan menggunakan IPU PM2.5 berbanding bacaan PM10 ketika ini sudah digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-11(RMK11).

Malah Hamim berkata, setakat ini Malaysia mempunyai 12 stesen mencerap bacaan parameter 2.5 di seluruh negara dan dijangka pemasangan akan siap sepenuhnya pada 2017.

Pada masa sama beliau menegaskan, perbezaan IPU tidak sepatutnya dijadikan isu kerana bacaan Malaysia turut mengikut standard protokol antarabangsa iaitu United States Environmental Protection Agency (USEPA).

Katanya, USEPA menjadikan kajian World Health Organisation (WHO) sebagai penanda aras dan kerana itu, bacaan IPU di Malaysia dinilai daripada tahap sudut kesihatan.

"Bagi Malaysia, IPU kita lebih peka terhadap kesihatan dan bagi Singapura pula, ia lebih terdorong kepada aktiviti luaran.

"Jadi, kalau IPU mereka 120 atau 150, mungkin mereka mahu ingatkan rakyat agar tidak lakukan aktiviti luar.

"Tetapi, ruang lingkup kita adalah kesihatan. Sebab itu, kita ikut protokol antarabangsa," kata Hamim.

Sebelum ini, terdapat pertikaian di kalangan rakyat Malaysia mengenai perbezaan bacaan IPU terutama di Johor yang mencatatkan perbezaan ketara dengan Singapura meskipun dalam ruang lingkup udara sama.

Menjelaskan perkara tersebut, Hamim berkata ia kerana perbezaan sistem pengiraan di mana Singapura melaksanakan kiraan IPU berdasarkan habuk halus bersaing kurang daripada 2.5 mikrometer (PM2.5) semenjak 1 April 2015 manakala IPU di Malaysia berdasarkan habuk halus bersaiz kurang daripada 10 mikrometer (PM10).

Pada masa sama, beliau turut membidas kembali dakwaan di laman sosial yang mempersoalkan kesahihan bacaan IPU Malaysia dengan mencabar pihak yang menuduh tersebut membawa pakar membuktikan perkara itu.


"Kerajaan tidak bohong, panggillah mana-mana pakar dunia pun (untuk buktikan). Kaedah kita ikut piawaan antarabangsa," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.