`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, September 29, 2015

Semua Sekolah Di Johor Ditutup Esok (30 Sept 2015).


Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan menerusi facebook rasmi kementerian memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Johor perlu ditutup pada esok, 30 Sept 2015 berikutan keadaan jerebu di negeri berkenaan tidak banyak berubah berbanding hari sebelumnya.

Sehubungan dengan itu pihak kementerian meminta semua pihak memaklumkan kepada ibu bapa di kawasan masing2 untuk tujuan hebahan.

Jerebu di Malaysia kembali semula pada akhir minggu lepas disebabkan pembakaran terbuka di hutan Indonesia. Sebelum ini Malaysia juga dilanda keadaan yang berjerebu sebelum keadaan kembali reda. Juga atas faktor yang sama pembakaran hutan secara berleluasa di Indonesia untuk tujuan penanaman dan perkilangan.

Malaysia, Indonesia dan Singapura dilanda jerebu secara berterusan sejak 10 tahun yang lepas disebabkan pembakaran hutan di Indonesia. Naib Presiden Indonesia, Jusof Kala pula berkata bahawa Indonesia tidak akan meminta maaf kepada mana-mana negara berikutan masalah jerebu kerana sesungguhnya rakyat perlu bersyukur kerana menikmati udara bersih sepanjang 11 bulan berbanding 1 bulan yang dilanda jerebu. - Sozcyili.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.