`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Wednesday, September 30, 2015

Setiap hukuman oleh para hakim mestilah selari dengan kehendak majikannya

Di Malaysia, para hakim di mahkamah dipanggil 'Yang Arif', manakala para peguam dikenali sebagai 'Yang Bijaksana'.
Justeru tidak hairanlah ramai peguam yang bijak memutarbelitkan fakta untuk memenangi sesuatu kes yang diwakilinya. Manakala para hakim pula terlalu arif menilai bagaimanakah hukuman yang harus dikenakan terhadap yang tertuduh demi menjaga periuk nasinya sendiri. Lebih dari itu, setiap hukuman oleh para hakim mestilah selari dengan kehendak majikannya dan bukan berpaksikan kepada keadilan untuk semua.
Lantaran, terjatuhlah hukuman hanya 12 bulan penjara terhadap Khir bin Toyo yang telah merompak berbillion RM sedangkan rakyat marhaen yang terpaksa mencuri enam tin sardin dan tiga paket milo kerna anaknya kelaparan dijatuhi hukuman 2 tahun penjara.
Kini, di Malaysia seakan tidak ada agensi kerajaan yang benar-benar bebas, telus, jujur dan beretika dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. 
Hanya kepada Allah aku berserah‬.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.