Friday, September 25, 2015
Jamal Takut Jadi Munafik
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos menafikan beliau adalah penganjur himpunan yang diuar-uarkan bakal berlangsung di Jalan Petaling Street, esok.
Sebaliknya, Jamal mendakwa, beliau hanya menyampaikan hasrat individu yang merusuh di Jalan Petaling ketika Himpunan Rakyat Bersatu yang berlangsung pada 16 September lepas.
Malah, ketika dihubungiMalaysiakini Jamal berkata beliau tidak terlibat sepenuhnya dalam himpunan yang dijadualkan berlangsung esok, sekaligus menegaskan tidak akan menyertai acara berkenaan.
"Apa yang saya cakapkan itu adalah bagi pihak mereka (individu yang merusuh di Jalan Petaling pada 16 September). Apa yang mereka sampaikan kepada saya dan saya hanya sampaikan hasrat mereka.
"Saya juga hanya tunaikan janji saya dengan berjumpa Ketua Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta beberapa pihak berwajib lain supaya tiga tuntutan mereka sebelum ini dapat diberikan perhatian," katanya.
Kalau pihak berkuasa tidak memberikan perhatian kepada tiga tuntutan itu, kata Jamal, kemungkinan besar akan berlaku lagi himpunan dan rusuhan Sabtu ini.
Ada berasa tertindas
Bagaimamapun, ketika diminta mengulas himpunan yang didakwa itu tetap diadakan, Jamal berkata, ia memang berkemungkinan ada.
"Sebab tarikh yang mereka beri adalah esok. Jika ada himpunan, mungkin berlaku rusuhan seperti 916," katanya.
Istilah 916 adalah merujuk kepada tarikh 9 September lalu apabila sekumpulan peserta baju merah berkumpul di depan pintu masuk Jalan Petaling dan mendesak dibenarkan melalui laluan berkenaan.
Bagaimanapun polis menghalang mereka sebelum tercetus sedikit kekecohan.
Kata Jamal, tindakan beliau menyampaikan keinginan pihak tertentu yang "berasa ditindas".
"Saya takut digelar munafik. Saya tidak terlibat (dalam himpunan esok)," katanya.
Jamal juga menegaskan dia sudah berjanji untuk menyatakan bantahan pihak tertentu dan mereka boleh "meludah muka" beliau jika pesanan itu tidak disampaikan.
Sementara itu diminta mengulas beberapa laporan polis yang dibuat terhadap beliau, Jamal berkata dia sentiasa bersedia untuk dipanggilmemberi keterangan.
"Saya tidak ada masalah untuk dipanggil polis sebab memang kerja polis untuk menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara.
"Jadi, kalau dipanggil saya akan berikan kerjasama yang baik dan menerangkan apa yang berlaku sebab saya yakin apa yang saya katakan itu kalau diikuti secara keseluruhan ia merujuk kepada 916," jelas Jamal.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan beberapa ahli DAP lain telah membuat laporan polis terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkaitan kenyataan beliau mengenai kemungkinan rusuhan di Jalan Petaling Street pada Sabtu.
- mkini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.