`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, September 27, 2015

Pengusaha Ganja Berlesen Cari Populariti Di Laman Sosial



SEORANG pengusaha ganja berlesen cuba mencari populariti di laman sosial Instagram dengan memuat naik gambar-gambarnya bersama wanita seksi, jet peribadi dan sejumlah wang tunai.

Michael Straumietis yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Advanced Nutrients cuba menarik pengikut di laman sosial berkenaan dengan mempamerkan kemewahannya.


Straumietis merupakan pengusaha ganja bagi tujuan kajian pertanian, makanan tambahan dan nutrisi.

Ketika memuat naik gambar-gambarnya, Straumietis turut mempromosikan perusahaannya yang berpangkalan di Kanada dan mendapat kelulusan pihak berkuasa untuk menanam ganja secara tertutup.

Jutawan itu dilahirkan di Portland, Oregon dalam keluarga golongan pertengahan – bapanya meninggal dunia ketika dia masih remaja manakala ibunya seorang penagih dadah.

Straumietis turut bekerjasama dengan pihak berkuasa utama dunia dalam melakukan kajian terhadap nutrien ganja untuk makanan tambahan. 



- mStarOnline

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.