`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 24, 2016

Tiga Pelajar Malaysia Maut Di Jordan



Tiga pelajar Malaysia di Universiti Mu'tah, Jordan maut sementara dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya pagi tadi (waktu Jordan).

Menurut Facebook rasmi Education Malaysia Jordan kesemua pelajar itu yang menaiki sebuah kereta, dipercayai dalam perjalanan ke Mafraq untuk menghadiri sebuah program jaulah.



Turut berada dalam kereta berkenaan ialah warga Jordan.

Mangsa yang terselamat dirawat di Hospital Mafraq.

Sementara itu, portal rasmi Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) turut mengesahkan kemalangan itu yang dilaporkan berlaku di Ashrafiyeh di wilayah Mafraq, Jordan.

Menurut portal itu, dua daripada mangsa yang maut berasal dari Kelantan manakala seorang lagi berasal dari Kuala Lumpur.

"Semoga seluruh keluarganya diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Keluarga KMKJ mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh," demikian menurut KMKJ.

Dua pelajar yang cedera adalah dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Salah seorang daripada mereka dilaporkan mengalami kecederaan di kaki dan patah tangan, manakala seorang lagi cedera di bahagian muka dan rahang.

Kedua-dua mangsa yang terselamat akan dipindahkan ke hospital Amman, menurut portal tersebut.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.