`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, March 3, 2017

126 pelajar Malaysia tiada visa ditahan di Mesir

Seramai 104 pelajar itu akan dihantar pulang ke Malaysia secara berperingkat mulai esok, manakala 22 lagi di bawah pengawasan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah.
pelajarKUALA LUMPUR: Seramai 126 pelajar Malaysia yang bersekolah di sebuah maahad tahfiz di A Sharqia, Mesir ditahan polis negara itu pada 27 Februari lalu berhubung kesalahan visa pelajar.
Setiausaha Kedua Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mohd Husaini Zainuddin berkata, pelajar berusia 10 hingga 22 tahun itu ditahan kerana tidak memiliki visa belajar yang sah atau tamat tempoh.
“Mereka kemudian dibawa ke Pusat Latihan Pasukan Polis Wilayah A1 Sharqia untuk diambil keterangan dan berada di bawah pengawasan polis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata, pada 28 Februari lalu, pihak National Security Service (NSS) Mesir memutuskan 104 daripada mereka akan dihantar pulang dan selebihnya dibebaskan dan kini di bawah pengawasan pihak kedutaan.
Katanya, 104 pelajar itu akan dihantar pulang ke Malaysia secara berperingkat mulai esok.
Husaini berkata, urusan penghantaran pulang mereka diuruskan dengan pihak berkuasa Mesir dan ia dijangka dilakukan dalam 2 kumpulan, pada 4 dan 5 Mac ini.
Beliau berkata, pihaknya percaya kegagalan maahad tahfiz itu berdaftar dengan Sektor Sekolah Al Azhar menyebabkan pihak berkuasa Mesir tidak memberi visa kepada kumpulan pelajar berkenaan.
“Pihak kedutaan menekankan kepentingan maahad tahfiz untuk berdaftar secara sah dengan Sektor Sekolah Al Azhar bagi membolehkan pelajar MTMA diberikan visa sah oleh pihak berkuasa Mesir,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.