`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, March 31, 2017

Kita jumpa di mahkamah, kata Teresa pada Jamal Yunos

Ahli Parlimen Seputeh berkata tuduhan pemimpin Umno itu terhadapnya hanya 'jenaka mengarut'.
teresa-kok,jamalPETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok hari ini berkata “tuduhan palsu” ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu terhadapnya dan seorang lagi rakan Adun hanya “taktik kotor” untuk memfitnah mereka menjelang pilihan raya umum.
“Tidak ada apa yang saya takut terhadap tuduhan Jamal, kerana pejabat saya memang mematuhi semua prosedur selaras dengan peraturan ditetapkan.
“Jadi, Jamal Yunos, kita jumpa di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu pagi tadi, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) datang ke pejabat Kok meminta dokumen asal bagi Skim Mesra Usia Emas (SMUE), di bawah dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).
Serbuan itu susulan beberapa laporan polis dibuat Jamal terhadap Kok dan rakan sekerjanya yang lain.
Laporan pertama difailkan pada 14 Mac, di mana Jamal mendakwa wakil rakyat dari Kuala Lumpur dan Selangor mengambil dana yang sepatutnya bagi kegunaan kebajikan daripada Yawas.
Jamal mengenal pasti Kok, Adun Sekinchan Ng Suee Lim dan wakil PKR yang tidak dinamakan sebagai dalang perbuatan itu.
Tidak lama kemudian, Jamal membuat laporan polis lagi terhadap Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin, mendakwa beliau terbabit dalam salah guna dana.
Bercakap hari ini, Kok menolak tuduhan Jamal, dan menganggap itu jenaka.
“Menurut laporan berita, Jamal tuduh saya keluarkan duit RM2 juta daripada akaun bank SMUE. Lawak mengarut. Dia ingat pegawai kerajaan Selangor bodoh sangat untuk biarkan saya buat begitu,” katanya.
Kok berkata peguamnya sudah mengeluarkan surat tuntutan kepada Jamal 2 minggu lalu, tetapi masih belum menerima jawapan. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.