Beliau berharap RUU Kebankrapan (Pindaan) 2016 dan Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak dibentangkan sebelum RUU lain.
DEWAN RAKYAT

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman berharap RUU Kebankrapan (Pindaan) 2016 dan Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak dibentangkan sebelum RUU lain.
Menjawab soalan pemberita sama ada pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355 akan dibentangkan pada sidang kali ini, beliau berharap 2 RUU itu didahulukan kerana ia memberi kesan kepada ramai orang.
“Saya harap Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak dan RUU Kebankrapan dibacakan. Ia memberi kesan kepada ramai orang,” katanya.
RUU Kebankrapan bertujuan memberi talian hayat kepada golongan yang diisytiharkan muflis.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul pada hari terakhir sidang Parlimen Mei lepas selepas kerajaan membenarkan ia didahulukan sebelum RUU kerajaan.
Presiden PAS bagaimanapun menangguhkan perbahasan RUU dan kemudian membentangkan versi disemak semula pada November tahun lepas selepas ia sekali lagi dinaikkan dalam aturan urusan mesyuarat
Usul Hadi berpada pada nombor 7 dalam aturan urusan mesyuarat. -FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.