`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, October 30, 2017

JUMLAH BR1M TIDAK BERUBAH, PENERIMA DESAK GAJI NAIK

GAJI lebih tinggi adalah penyelesaian lebih baik berbanding pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang hanya sekali bantuan saja bagi membantu kecemasan kecil, kata penerima, susulan jumlahnya kekal di bawah Bajet 2018.
Beberapa penerima BR1M yang ditemui The Malaysian Insight berkata mereka tidak mahu bergantung pada BR1M dan lebih suka jika kerajaan mencari cara untuk melonjakkan pertumbuhan gaji.
“Ketika saya mula bekerja, gaji saya RM1,500 dan selepas tujuh tahun, ia hanya naik kepada RM1,800,” kata seorang pemandu van berusia 36 tahun, Yap Boon Sui dari Seri Kembangan.
Katanya, sukar untuk berkahwin dan hidup di bandar dengan jumlah pendapatan serendah itu.
“Walaupun saya belum berkahwin, saya tidak boleh belanja mewah, saya cuba menyimpan setiap bulan. Saya tidak mahu bergantung pada BR1M.
“Saya lebih suka jika gaji saya dinaikkan secara konsisten,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) juga merayu untuk dasar gaji lebih baik bagi menangani masalah kos sara hidup dihadapi golongan bekerja.
Setiausaha agungnya, J. Solomon berkata BR1M hanya pemanis yang tidak membantu penerima gaji dengan pergerakan gaji.
“Lebih bermakna jika kerajaan dapat beri dasar gaji lebih baik, bukannya sekadar beri BR1M. Kerajaan tidak perlu cakap kita akan jadi negara berpendapatan tinggi dan hanya beri pemanis, kerana ia tidak menyelesaikan masalah,” katanya.
Solomon berkata selain kenaikan gaji, majikan juga sepatutnya memberi elaun hidup bulanan dan ia lebih membantu, berbanding BR1M dan mendesak majikan bersama Putrajaya mencapai persetujuan berhubung cadangan itu.
Buat pertama kali sejak BR1M diberikan pada 2012, bajet persekutuan bagi 2018 tidak akan menaikkan jumlah bayaran itu. Isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan akan menerima RM1,200 sementara pendapatan antara RM3,000 dan RM4,000 akan terima RM900.
Individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah akan terus menerima RM450.
Jumlah itu naik pada Bajet 2017 di bawah peruntukan RM6.8 bilion bagi tujuh juta isi rumah, dan jumlahnya kekal bagi tahun berikutnya.
Pakar ekonomi berkata gaji berkembang terlalu perlahan dan akan menyebabkan perbelanjaan peribadi berkurangan. Bajet 2018 tidak menyelesaikan desakan untuk kenaikan gaji walaupun menteri buruh berkata gaji baharu akan diumumkan tahun depan.
Pada 2014, media gaji bulanan ialah RM1,500 dan purata gaji bulanan ialah RM2,193.
Dari 2015 hingga 2016, media gaji berkembang 6.2% daripada RM1,600 kepada RM1,703, sementara purata gaji bulanan berkembang 6.3% daripada RM2,312 kepada RM2,463 bagi tempoh sama.
Khazanah Research Institute dalam laporan 2015 mengenai berapa pendapatan rakyat Malaysia berkata gaji yang rendah disebabkan tenaga kerja yang berkemahiran rendah dan syarikat membayar gaji kecil. Hanya 32.9% pendapatan negara diberikan kepada pekerja, sementara pemilik dan majikan dapat selebihnya.
Hanya bantuan
Penduduk Klang Hamran Abd Hamid, 36, yang mempunyai enam anak berkata dia menerima BR1M sejak tahun pertama pengenalannya dan menggunakan wang itu untuk membeli barangan keperluan rumah tambahan untuk keluarga.
“Kadangkala saya akan guna untuk membayar tunggakan pinjaman kereta saya, atau untuk servis kereta. Dalam keadaan ekonomi sekarang, setiap bantuan kewangan amat membantu,” katanya yang bekerja di syarikat membaiki telefon.
Gajinya sendiri hanya RM2,000 lebih setiap bulan. Ketika mula menerima BR1M pada 2012, gajinya ialah RM1,800.
“BR1M tidak membantu kualiti hidup kerana hidup kami tetap sama. Tetapi ia mengurangkan beban. Saya lebih suka gaji dinaikkan kerana ia sumber pendapatan saya.
“Bantuan kewangan bukan sumber pendapatan,” katanya.
Raihan Salleh, yang pendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 berkata keluarga dengan kanak-kanak kecil paling terkesan kerana kos membesarkan anak semakin mahal.
“Jika gaji kami ada kenaikan, saya tidak fikir kami akan perlukan BR1M walaupun ia membantu sedikit meringankan beban bila kita dapat bantuan pada bulan tertentu.
“Bagi keluarga saya, bayaran BR1M akan digunakan untuk beli barangan rumah tambahan atau lampin pakai buang anak,” katanya.
Kecuali pada 2018, jumlah yang Putrajaya belanjakan untuk BR1M meningkat setiap tahun sejak diperkenalkan.
Sehubungan itu, pakar ekonomi Lee Heng Guie berkata objektif pemberian itu perlu disemak semula untuk memastikan ia disalurkan kepada kumpulan sasaran.
Pada 2012, jumlah keseluruhan BR1M ialah RM2.1 bilion dan jumlah penerima kira-kira tiga juta.
Pada jumlah peruntukan RM6.8 bilion tahun ini untuk tujuh juta penerima, pemberian BR1M untuk isi rumah pendapatan RM4,000 tidak sesuai, kata Lee.
“Jika anda lihat prinsip BR1M, anda patut sasarkan untuk golongan kurang upaya, warga emas dan isu rumah yang benar-benar miskin.
“Dengan jumlah semakin besar setiap tahun, ia tidak menunjukkan sama ada ekonomi sedang bertambah baik atau pendapatan sudah bertambah.
“Ia membawa kepada persoalan kenapa orang bergantung pada BR1M?” kata pengarah eksekutif Socio-Economic Research Centre (SERC) itu.
Katanya, kerajaan patut menjadikan BR1M sebagai bayaran bersyarat bagi memastikan ia digunakan untuk meningkatkan kehidupan penerima.
“Objektif BR1M ialah untuk membantu meringankan beban ketika subsidi dimansuhkan secara berperingkat, tetapi sekarang ia jadi bayaran tahunan dan bila tiba bajet, semua orang berharap akan ada perubahan kepada BR1M.
“Kami tahu ia beri sedikit kelegaan kepada penerima, tetapi ada juga orang guna BR1M untuk beli barang tidak perlu,” katanya.
– https://www.themalaysianinsight.com/

1 comment:

  1. Pelanggan yang terhormat,

    Business-Capital-Experts: Saat ini kami mendanai pengembangan bisnis, pengembangan bisnis, perluasan bisnis, modal kerja, renovasi rumah pinjaman pribadi dll. Mulai dari (10.000,00 sampai 45, Juta di Euro, Usd, Pounds) Sumber pendanaan kami mengkhususkan diri dalam solusi kreatif untuk memenuhi kebutuhan anda. Kami memenuhi kebutuhan finansial nasabah dan membantu mereka sukses secara finansial. cepat, mudah dan terpercaya.

    Tingkat bunga @ 2%
    Pelunasan yang fleksibel
    Durasi 1 sampai 25 tahun
    hubungi kami jika berminat
    via Email: bishopelijahloanfirm002@hotmail.com

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.