Lokman Adam
Satu demi satu tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa Tun Mahathir sudah tidak lagi dapat menolak permintaan DAP yang semakin melampau. Apa boleh buat, bila hanya ada 12 kerusi, pasti terpaksa tunduk dengan permintaan DAP yang mempunyai 42 kerusi.
Sebelum ini rakyat dikejutkan dengan perlantikan YB Mohamad Sabu menjadi Menteri Pertahanan, iaitu insan yang mengiktiraf perjuangan Komunis sebagai Pejuang Kemerdekaan. Belumpun pulih, kekecewaan ahli keluarga mangsa kekejaman komunis, kini sekali lagi mereka dikecewakan dengan cadangan Kerajaan Pakatan Harapan untuk melantik Tommy Thomas, Peguam Ketua Komunis Malaya, Ching Peng, sebagai Peguam Negara pula.
Walaupun baru 22 hari Pakatan Harapan memerintah, pelbagai perkara yang telah dibangkitkan cukup menguris hati orang Melayu dan penganut agama Islam. Adakah tidak cukup dengan cadangan menutup JAKIM, membuka UITM kepada Bukan Bumiputra dan membuka felda kepada bukan Bumiputra? Apa yang cuba dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang majoritinya bukan Islam ini? Adakah mereka tidak sedar bahawa satu demi satu provokasi yang dilakukan oleh mereka boleh mengundang kemarahan pribumi yang merupakan majoriti rakyat negara ini?
Pemantau Malaysia Baru menyeru DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk bangkit menentang sebarang usaha untuk meletak Peguam Ching Peng ini sebagai Peguam Negara. Peguam Negara sewajarnya dipilih dikalangan pengamal perundangan yang berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan sekaligus merupakan seorang yang berpegang teguh dengan ajaran Islam memandangkan agama Islam merupakan agama Persekutuan.
Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, ayuh kita bangkit untuk menegur Regim Mahathir DAP ini supaya mereka sedar bahawa mereka tidak boleh memerintah negara ini sesuka hati mereka. Ayuh, mainkan peranan anda dengan sekurang-kurangnya bantu kami menyebarkan mesej kebenaran.

Sampai bila nak di gunaksn bsngsa serta agama untuk kepentingan kita ni? Bacalah Perlembagaan sebelum menegur atau menolak hujah tu...
ReplyDeleteRegim DAP? Tak abis lagi dengsn momokan mengguna DAP ni? Sedarkah penuis bahawa RAKYAT sudah pun menolak isu perkauman di Negara ini dengan undi mereka baru2 ni.
Memang tak salah kalau kita khuatir atai bimbang dengan perkembangan sebegini namun buanglah hujah kaum,agama sebagainya tu.. Gunakan fakta kalau ada dan huraikan penentangan secara rasional dan berilmu.
Sikit2 melayu,sikit2 islam...bila tompok kita akan maju di dunia ni kalau kita masih menganggap di lahirkan Melayu itu satu keistimewaan ke atas bangsa lain dan memberi hak untuk menuntut itu dan ini tanpa usaha tanpa kaliber??
Cukupkah hanya kerana melayu kita di junjung walaupun diri itu penuh dengan korupsi dan sifat khianat??
Bangkitlah wahai Melayu!!! Zaman sudah berubah...Negara yang memainkan sentiment kaum tidak akan dapat memajukan Negara tersebut... Malaysia di tubuh berlandaskan Perlembagaan dan kiranya perlu maka serulah pemimpin untuk meminda Perlembagaan tersebut barulah adil.
Kamu yang masih muda tapi berpikiran kolot dan kebelakang perlu banyak belajar serta membuka minda demi Negara kita ni bukan hanya pandai memilih isu2 yang begini untuk memecah belah kan Rakyat kita.
Ambil kesempatan untuk mengimbas kembali selama 9 tahun di bawah DS Najib apa yang boleh di banggakan? Senarai kecundangan DS Najib tak perlu saya huraikan di sini..
Bangkit! Bangun dari tidur kamu dan hadapi cabaran mendatang dengan ilmu di dada bukan perasaan sahaja!!!