`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, January 30, 2021

Lelaki ditemui maut hadap komputer riba

 

Kakitangan perubatan di lokasi mengesahkan lelaki berusia 60-an itu sudah meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dengan menghadap komputer riba di ruang tamu sebuah rumah di Taman Jambu Mawar di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.

Berita Harian melaporkan jiran mangsa menghubungi pasukan bomba pada 9.30 malam Jumaat kerana mangsa tidak keluar dari rumah selepas beberapa kali memanggilnya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang dipetik akhbar itu berkata, anggota bomba yang tiba di tempat kejadian terpaksa memecahkan pintu berkunci dengan peralatan khas.

Katanya, seorang lelaki berusia 60-an ditemui duduk di atas lantai ruang tamu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kakitangan perubatan di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.