`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, January 31, 2021

Sabah cadang wujud kilang proses sarang burung walit

 

Timbalan Ketua Menteri Jeffrey Kitingan mahu menjadikan sarang burung walit Sabah jenama antarabangsa. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Jeffrey Kitingan berkata kerajaan akan bekerjasama dengan sektor swasta berpengalaman dalam industri burung walit bagi mewujudkan kilang pemprosesan sarangnya di Sabah.

Katanya, langkah membangunkan industri burung walit itu dilihat mampu memberi peluang kepada mereka yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19 untuk menceburi industri itu.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga akan membangunkan aktiviti hiliran bagi memperkembangkan lagi industri berkenaan di Sabah.

“Inilah yang kerajaan mahu wujudkan bagi membantu rakyat menjana pendapatan lebih baik.

“Kerajaan sentiasa mengenal pasti pendekatan terbaik dan efektif dalam memulihkan semula ekonomi rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Pembangunan semula ekonomi rakyat tempatan amat penting kerana ramai yang kehilangan kerja dan berdepan pengurangan gaji pada masa ini.

“Sehubungan itu, aktiviti hiliran ini penting kerana juga mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi kepada rakyat tempatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau yang juga menteri pertanian dan perikanan berkata, produk mentah sarang burung walit perlu diberi nilai tambah untuk menjana pendapatan lebih baik kepada pengusahanya.

Katanya, memandangkan kerajaan merancang menubuhkan Lembaga Burung Walit Sabah tahun ini, maka kajian dan penyelidikan (R&D) perlu turut dilaksana bagi memberi nilai tambah kepada produk sarang burung walit di Sabah.

“Kita tidak boleh bergantung kepada produk mentah sahaja kerana jika dilihat sekilogram sarang burung walit yang berkualiti berharga RM5,000, namun produk mentah yang diproses boleh mencapai lebih RM15,000 setiap kilogram,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Sabah akan mengambil pendekatan memperluaskan pasaran produk sarang burung walit.

“Kita bukan hanya fokus kepada pasaran China sahaja, impian saya untuk memasarkan produk sarang burung walit Sabah ini sebagai satu jenama antabangsa,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.