`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, January 31, 2021

Tindakan Orang Asli buat sekatan sendiri tak salah, kata polis

 

Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat (kanan) menandatangani gambar memaparkan petugas barisan hadapan yang akan diserahkan kepada polis di negeri itu. (Gambar Bernama)

KOTA BHARU: Tindakan penduduk Orang Asli suku Temiar di Pos Sendrop, Gua Musang melakukan sekatan di laluan masuk ke kampung mereka bagi mengekang penularan Covid-19 tidak menyalahi undang-undang, kata Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat.

Katanya, ini kerana laluan itu hanya digunakan penduduk kampung berkenaan.

“Tindakan itu sebenarnya tidak salah kerana laluan ke situ hanya digunakan oleh penduduk kampung itu yang berjumlah kira-kira 500 orang.

“Namun, mungkin dengan kebimbangan mereka terhadap Covid-19 menyebabkan mereka bertindak sedemikian,” katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut, Shafien berkata beliau sudah mengarahkan ketua polis daerah Gua Musang untuk berjumpa dengan penduduk di petempatan Orang Asli berkenaan.

Pada masa sama, beliau turut menasihati tok batin melaporkan kepada polis berhubung sekatan laluan ke kampung mereka agar tidak disalah anggap oleh pihak lain.

Difahamkan, sejak Disember lalu ada penduduk di beberapa perkampungan Orang Asli termasuk Pos Tuel di Gua Musang bertindak melakukan sekatan di laluan masuk ke kampung mereka kerana bimbang dengan kemasukan orang dari luar yang mungkin membawa jangkitan Covid-19 di situ.

Terdahulu, Shafien menerima sumbangan untuk barisan hadapan yang disampaikan oleh syarikat Raja Perfume Malaysia dan Fahaf Global Sdn Bhd. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.