`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, January 30, 2021

Sewa kondominium RM30,000 sebulan untuk aktiviti tipu pelaburan

 

Suspek ditahan warga China, Indonesia berusia 23 hingga 47 tahun.

KUALA LUMPUR: Sebelas warga asing termasuk lima wanita ditahan semalam kerana disyaki menjalankan aktiviti penipuan pelaburan saham dalam talian di lima unit kondomium di Bukit Bintang di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata suspek terdiri daripada enam lelaki dan empat wanita warga China serta seorang wanita Indonesia berusia 23 hingga 47 tahun.

Menurutnya pihaknya merampas 26 telefon bimbit pelbagai jenama, dua unit komputer riba, tiga unit modem, 10 keping kad bank dan wang tunai RM53,678 serta beberapa mata wang asing dalam serbuan kira-kira 4 petang itu.

“Siasatan mendapati semua suspek daripada dua sindiket berasingan itu aktif sejak dua tahun lepas dengan menyewa residensi dengan kadar sewa bulanan RM18,000 hingga RM30,000 (bagi satu unit kondominium),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata sindiket terlibat menyasarkan mangsa dari China dengan menawarkan pelaburan saham dalam talian dan pelaburan yang tidak wujud.

Katanya semua suspek ditahan reman empat hari hingga 2 Feb ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.