`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, September 5, 2021

Lebih 46% kes di Sabah lewat daftar semalam

 

Masidi Manjun berkata sebanyak 181 kes atau 7.9% didaftar lewat melebihi lima hari selepas keputusan ujian diketahui.

KOTA KINABALU: Sebanyak 1,067 atau 46.8% daripada keseluruhan 2,279 kes positif Covid-19 yang dicatatkan di Sabah semalam adalah kes lewat didaftarkan antara dua hingga tiga hari, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun.

Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata, 92 kes atau 4% pula adalah keputusan saringan yang didaftar lewat antara empat hingga lima hari manakala 181 kes atau 7.9% didaftar lewat melebihi lima hari selepas keputusan ujian diketahui.

Beliau berkata, kes baharu Covid-19 di Sabah semalam susut sedikit kepada 2,279 berbanding 2,404 yang dicatatkan kelmarin.

“Terdapat trend iaitu jumlah saringan kontak rapat menurun tetapi jumlah kes melalui saringan bergejala bertambah. Trend ini agak membimbangkan kerana ia satu petanda virus Covid-19 semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat tanpa diketahui punca penyebaran.

“Hari ini (semalam), peratusan (positif) saringan kontak rapat turun kepada 54.3% atau 1,237 kes tetapi jumlah daripada saringan bergejala naik kepada 31.1% atau 708 kes manakala saringan kluster menyumbang 164 kes,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.Masidi juga berkata, satu kluster baharu dicatatkan di Sabah iaitu Kluster Semawang di Sandakan yang merupakan kluster tempat kerja membabitkan pekerja sebuah kilang papan yang tinggal di kuarters premis itu.

“Pada 19 Ogos, sebuah klinik swasta telah melaporkan 10 notifikasi kes positif. Kes indeks adalah pekerja lelaki berusia 40 tahun bukan warganegara yang dikesan positif Covid-19 dalam saringan pekerjaan, setakat hari ini, kluster itu merekodkan 116 kes positif,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.