`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, September 5, 2021

Tiada denda RM1,500 kalau tak ‘check-out’ MySejahtera, jelas KKM

 

Kementerian Kesihatan menafikan grafik yang tular menerusi media sosial mengenai denda RM1,500 jika gagal ‘check-out’ MySejahtera. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Tidak ada sebarang denda termasuk RM1,500 dikenakan kepada individu sekiranya tidak klik “check-out” atau waktu mendaftar keluar pada aplikasi MySejahtera sebagai indikator daftar keluar meninggalkan mana-mana lokasi atau premis.

Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam kenyataan memaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan grafik yang tular menerusi media sosial mengenai perkara itu.

“Tiada denda RM1,500 dikenakan kepada individu yang tidak klik ‘check-out’ pada aplikasi MySejahtera sebagaimana yang dinyatakan grafik tersebut.

“Orang ramai disaran agar tidak berkongsi maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan dalam masyarakat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan orang ramai perlu sentiasa membuat semakan menerusi media sosial rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.