`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, September 20, 2021

Negeri Sembilan mampu beralih ke Fasa 4 PPN, kata MB

 

Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata kadar jangkitan Covid-19 di negeri itu merupakan kadar kedua terendah dalam negara dan menunjukkan peluang cerah untuk beralih ke Fasa Empat PPN.

PETALING JAYA: Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata negeri itu dilihat mampu beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berdasarkan beberapa indikator berkaitan penggunaan fasiliti kesihatan ketika ini.

Beliau berkata antara indikatornya adalah tahap penggunaan alat bantuan pernafasan dan katil di unit rawatan rapi (ICU) serta penggunaan pusat kuarantin di negeri itu yang berada di bawah 50%, manakala katil hospital pula mencatatkan kadar penggunaan di bawah 65%.

“Menurut portal Covid-19 Kementerian Kesihatan (KKM) (covidnow.gov.my), Negeri Sembilan juga mencatatkan 2.6 kes per 1,000 orang wabak itu iaitu merupakan kadar kedua terendah dalam negara dan menunjukkan peluang cerah untuk beralih ke Fasa Empat PPN,” katanya di Facebook.

Pada 17 Sept lepas Aminuddin dilaporkan berkata Negeri Sembilan dijangka beralih ke Fasa Empat PPN dalam tempoh seminggu lagi susulan negeri itu mencapai tahap imuniti kelompok dengan lebih 90% individu melengkapkan dos kedua, namun ia perlu mengambil kira bilangan kes positif Covid-19 harian.

Sementara itu, beliau berkata 93.1% atau 757,897 penduduk di negeri itu telah lengkap divaksin manakala 101.1% (823,163) menerima dos pertama vaksin setakat semalam.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) supaya Negeri Sembilan dapat beralih ke Fasa Empat PPN dengan cepat, sekali gus dapat merancakkan semula ekonomi penduduk dan negeri itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.