`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, January 28, 2022

Isu pelantikan MB: Jangan langkau kuasa sultan, kata Maszlee

 

Maszlee Malik tidak mengetahui khabar angin beliau akan bertanding di DUN Layang-layang pada PRN Johor nanti.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik, tidak mahu pihak tertentu melangkaui kuasa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dalam soal pelantikan Menteri Besar jika Pakatan Harapan (PH) menang pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Pada masa sama, beliau meminta semua pihak memberi tumpuan kepada PRN untuk memenangkan semua komponen PH.

“Pertama sekali kita mesti ingat kuasa melantik Menteri Besar adalah kuasa Tuanku Sultan (Sultan Ibrahim Iskandar). Jadi kalau boleh, sebagai negeri yang ada Sultan, janganlah melangkau baginda.

“Fokus utama saya dalam kawasan Parlimen Simpang Renggam yang untuk menang N26 dan N27 (DUN Machap dan Layang-layang) itu saya akan lakukan sungguh-sungguh.

“Siapapun yang bertanding, kita akan pastikan kemenangan PH di situ dan fokus PH adalah untuk memenangi Johor. Saya memberikan komitmen untuk membantu dan memenangkan semua calon PH di kawasan yang kita tandingi,” katanya.

Tegasnya, tidak timbul sama ada beliau berniat bertanding di salah satu kerusi berkenaan, terutama di N27 yang sebelum ini dimenangi cicit pengasas Umno, Onn Jaafar, iaitu Onn Hafiz Ghazi.

“Yang penting niat saya adalah untuk memenangkan siapa pun bertanding di DUN Machap dan Layang-layang. Sebagai Ahli Parlimen Simpang Renggam, niat saya adalah untuk melihat kemenangan PH di kedua-dua DUN ini.

“Terserah kepada negeri untuk putuskan tetapi di pihak Parlimen Simpang Renggam, kami akan kemukakan supaya bendera PKR digunakan di kedua-dua DUN ini kerana ia lebih dikenali dan kita menang pada pilihan raya 2018 adalah kerana lambang ini,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau mengadakan sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jentera PH N26 dan N27 di Pejebat PKR Simpang Renggam.

Terdahulu, media melaporkan Maszlee tidak mengetahui khabar angin mengatakan beliau akan bertanding di DUN Layang-layang.

Maszlee berkata, beliau tidak terbabit dalam sebarang perbincangan di peringkat atasan parti bagi menentukan calon yang akan bertanding dalam PRN Johor. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.