`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 12, 2022

1. Patutnya Menteri Luar Saifuddin Kena Letak Jawatan 2. Orang Melayu Perlu Faham Pak Arab Padang Pasir Tak Peduli Pot Pasal Hangpa

 Perdana Menteri kita Brader Ma'el berkontroversi lagi. 

Kali ini pasal Brader Ma'el tidak disambut atau dilayan ikut SOP sewaktu lawatan ke Dubai. Akibatnya dua pegawai duta Malaysia kena masuk dalam peti sejuk 'cold-storage'. Kontroversi ini sudah pun jadi viral sejak seminggu (saya dapat WhatsApp last week) dan dilaporkan akhbar dua hari sudah.

Yang berikut pula Kenyataan Media oleh Kementerian Luar Negeri yang bukan saja agak lambat tetapi tidak mencerahkan keadaan.  Komentar saya dalam warna biru.


Kementerian Luar Negeri (KLN) merujuk tulisan Free Malaysia Today (FMT) pada 10
April 2022 tentang lawatan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob ke
Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 29-31 Mac 2022. KLN kesal kerana tulisan
tersebut bukan sahaja mengandungi maklumat yang tidak tepat, malahan lebih bersifat
spekulasi dan tohmahan yang tidak berasas. 

(OSTB : Ok first of all terima kasih, tahniah dan syabas kepada PM kita Brader Ma'el atas sebab Free Malaysia Today tidak di "panggil" beri penjelasan, wartawan tak kena tangkap, masuk lokap dsbnya. I credit Brader Ma'el for his professionalism, maturity, respecting the free press, freedom to report and speak. Cara terbaik ialah bagi pihak Kerajaan menjawab sebarang laporan berita yang mereka tidak setujui secara factual dan hikmah. Tahniah. Tidak perlu tunjuk ganas, kekerasan atau guna kuasa.)


Berdasarkan kandungan tulisan tersebut, jelas sekali sumber-sumber yang dirujuk atau
dipetik bukannya datang daripada pegawai atau pihak yang terlibat secara langsung
dalam mengendalikan urusan lawatan tersebut.


KLN ingin menjelaskan bahawa YAB Perdana Menteri telah mengadakan lawatan ke
Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 29-31 Mac 2022 sempena Ekspo 2020 Dubai.
Lawatan tersebut telah berjaya mencapai objektif-objektif yang disasarkan


(OSTB : Mission accomplished? Ok bagilah contoh. Apakah contoh objektif yang disasarkan dan yang telah tercapai?)

Semasa lawatan ini, YAB Perdana Menteri telah menghadiri Majlis Penutup Pavilion
Malaysia dan Majlis Apresiasi bagi Pegawai dan Staf Pavilion Malaysia di Ekspo
berkenaan. YAB Perdana Menteri juga menghadiri Majlis Pemeteraian beberapa
Memorandum Persefahaman antara syarikat-syarikat Malaysia dan syarikat-syarikat
antarabangsa sempena Ekspo 2020 Dubai.

(OSTB : Majlis Penutup Pavilion? Itu bukan kerja bebudak PTD ke? Memorandum? Kalau macam itu kenapa tidak ada sebarang pengumuman dalam media kita di Malaysia? Ataupun oleh Kementerian Luar Negeri sebelum ini?  Cerita lah berapa banyak billion yang telah di Memorandum-kan di Dubai? Anyway, "Memorandum" itu serupa dengan manifesto ke? Boleh jadi, boleh tak jadi, boleh asap, boleh api.)

Seperti lawatan-lawatan sebelum ini, YAB Perdana Menteri turut mengadakan perjumpaan dengan Keluarga Malaysia di Dubai. Di samping itu, sebagai tambahan kepada tujuan asal lawatannya, dan melalui inisiatif pimpinan tertinggi KLN (Fulamak !! Bukan main-main !!) yang mengiringi lawatan YAB Perdana Menteri, maka, YAB Perdana Menteri turut menghadiri Majlis Penutup Sidang Kemuncak Kerajaan Sedunia (World Government Summit – WGS) pada 30 Mac. 

Semasa majlis ini, YAB Perdana Menteri telah mengadakan perjumpaan dengan Naib
Presiden dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, Yang Mulia Sheikh
Mohammed bin Rashid Al Maktoum.  

  • KLN seterusnya ingin menjelaskan bahawa Duta Besar Malaysia ke UAE dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai telah dipanggil pulang ke KLN. 
  • Tindakan sedemikian diambil kerana kedua-dua Ketua Perwakilan tersebut telah gagal menyelaras urusan pentadbiran dan logistik bagi lawatan YAB Perdana Menteri sepertimana yang sepatutnya berdasarkan Prosedur Operasi Tetap (SOP) bagi lawatan peringkat tinggi negara di luar negeri, terutamanya semasa ketibaan YAB Perdana Menteri di Dubai pada 29 Mac. 
  • Kegagalan ini termasuk YAB Perdana Menteri terpaksa menunggu lama di ruang ketibaan biasa bagi urusan pelepasan pasport oleh Imigresen Dubai.  
  • Selain itu, liputan dan kawalan keselamatan serta pergerakan motoked yang sepatutnya disediakan untuk YAB Perdana Menteri seperti amalan SOP biasa juga tidak ada.


(OSTB :Alamak !! Dont tell me PM terpaksa naik Grab !!)

Lazimnya, dalam apa keadaan sekalipun, seperti ketika YAB Perdana Menteri menghadiri Perhimpunan Agung PBB di New York, walaupun kerajaan tuan rumah tidak dapat menyediakan taraf tetamu, namun Ketua Perwakilan Malaysia tetap menyediakan liputan dan kawalan keselamatan serta motoked yang mengikuti SOP untuk YAB  Perdana Menteri.

(OSTB : Yalah itu Amerika Syarikat. United Nations, Presiden Amerika semua duduk di sana.SOP pun sudah lama dah. Ini Dubai. Negeri padang pasir. Kenapa Kementerian Luar Negeri yang in charge semua pejabat Duta Malaysia di seluruh dunia tidak ambil tahu lebih awal lagi?  

Hello Menteri KLN Saifuddin Abdullah, what were you and your KSU doing? Masa itu belum bulan puasa pun. Ini lawatan Perdana Menteri lah. Bukan lawatan Ketua Kampong. You and your KSU should have double checked all the arrangements for the PM. Buat malu kat Malaysia saja. Saya cadangkan Saifuddin letak jawatan. KSU Wisma Putra kena masuk cold storage dulu - suruh dia masuk 'pool' di JPM. Be responsible - jangan tai chi your failures kepada orang lain. Duta dan Konsul itu pegang pangkat apa? Gred apa? Jusa ke, PTD ke apa? Mereka pegawai 'rendah' saja. Tidak ada autoriti nak jumpa Menteri Pak Arab yang memang gila protokol.)

Kedua-dua pegawai tersebut juga gagal memaklumkan kepada KLN di Putrajaya tentang penganjuran WGS yang diadakan di dalam Kawasan Ekspo Dubai. Pimpinan tertinggi KLN hanya mengetahui tentang WGS pada pagi 30 Mac melalui sumber lain. Sekiranya pimpinan tertinggi KLN telah dimaklumkan awal tentang penganjuran WGS, pastinya usaha telah dibuat supaya YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan di program tersebut.

(OSTB : Hello, WGS atau World Government Summit itu gimik Pak Arab saja. It is NOT a summit meeting of world leaders lah. No one knows or cares about the World Govt Summit. You want proof ? Nak tengok bukti tak? Ini bukti dia :

Wanita pakai mini-skirt hadir World Government Summit (WGS) ? Bukan tak boleh tetapi ini bukan style pemimpin dunia. WGS itu tidak melibatkan pemimpin dunia. Kecuali Presiden  Jazeeratul Gamal saya tak tahu lah. 

Memang ada pemimpin negara hadir Dubai Expo tapi tak ada pun Joe Biden presiden Amerika hadir WGS. Atau Macron (France), Boris Johnson (UK),  Perdana Menteri India Modi, Presiden Jokowi, perdana menteri Jepun, PM Singapura yang semuanya tidak hadir World Government Summit. WGS bukan perjumpaan pemimpin dunia. Gimik Pak Arab saja. Pasal apa Kementerian Luar Negeri teruja sangat dengan acara gimik Pak Arab? 

Tetapi that is besides the point. The point is macam itu pun Pak Arab tak layan PM kita !! Sedihnya.

Dalam gambar berikut (di ambil dari akhbar Pak Arab 'Khaleej Times') menunjukkan Pimpinan Pak Arab Dubai sambut pemimpin dari negara lain - Afrika, Asia Tengah dsbnya ke Dubai Expo itu. 

Soalannya pasal apa depa tak sambut Brader Ma'el Sabri, Perdana Menteri Malaysia?  



Pada tengah hari 30 Mac, YB Menteri Luar Negeri telah mengadakan pertemuan dengan
Menteri Negara bagi Kerjasama Antarabangsa, Kementerian Luar Negeri dan Kerjasama
Antarabangsa UAE, PYT Reem Ebrahim Al Hashimy. Melalui pertemuan tersebut, YAB
Perdana Menteri diundang menghadiri Majlis Penutup WGS pada petang 30 Mac, iaitu
seperti dinyatakan dalam perenggan 5 di atas.

(OSTB : Maksudnya Menteri Luar kita Saifuddin Abdullah terpaksa merayu ("melalui pertemuan tersebut")kepada Menteri Pak Arab untuk jemput PM kita hadhir ke Penutup WGS !! Soalannya kenapa Menteri Luar Saifudin tidak ambil tahu SEBELUM PM kita tiba di Dubai? Saifuddin was sleeping on the job?)


Masalah ini tidak akan berlaku sekiranya penyelarasan dibuat lebih awal. Ini kerana
Kerajaan UAE telah menyediakan semua kemudahan kepada YAB Perdana Menteri
sebagai Ketua Kerajaan sehingga ke akhir lawatan. 

(OSTB : Hello Brader Saifudin this is your internal affair lah. Semua ini di bawah tanggung jawab Kementerian Luar Negeri. Yang gagal tak tahu buat kerja is YOUR Ministry. Kau tepuk air dalam talam macam ini dia kena muka kau sekali lah. You are washing your own dirty linen in public. Sekarang semua orang tahu Kementerian Luar Negeri punya kaliber.)

Justeru, semasa majlis perlepasan pulang YAB Perdana Menteri dari Dubai, Kerajaan UAE telah mengaturkan static guards of honour di Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum, dan Kerajaan UAE diwakili oleh Menteri Negara bagi Kecerdasan Buatan (AI) dan Ekonomi Digital UAE, TYT Omar  bin Sultan Al Olama. 

Semasa di lapangan terbang itu, TYT Omar menyampaikan undangan Kerajaan UAE
kepada YAB Perdana Menteri untuk menyampaikan Ucap Utama di WGS tahun 2023,
dan YAB Perdana Menteri telah menyatakan persetujuannya menerima undangan tersebut.

(OSTB : I say brader, Pak Arab itu cuba perli kau orang lah. They are making fun of you. Anyway jangan lupa bagitau depa sebarang ucapan akan dibuat dalam bahasa Melayu sebab bahasa kebangsaan di Dubai bukan bahasa Inggeris. Tetapi soalan cepu mas ialah siapakah PM kita pada 2023?)

Tindakan memanggil balik kedua-dua pegawai tersebut bukan sesuatu luar biasa dan dibuat melalui perundingan dengan pihak-pihak yang berkenaan, termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ia diambil bagi menjaga kepentingan hubungan bilateral diantara Malaysia dan negara-negara berkenaan, di samping bagi memastikan kompetensi dan kepentingan perkhidmatan awam.


PUTRAJAYA
11 APRIL 2022

My Comments : Menteri Luar yang perlu letak jawatan dulu. KSU pun should have known. This is PM's visit. Bukan lawatan Menteri atau pegawai Kerajaan.

Kenapa siarkan cerita dua pegawai kita yang hanya jadi Penjawat Awam? Kenapa malukan mereka menerusi Kenyataan Media? Attitude Kementerian Luar Negeri sudah jadi low class. Bukan salah mereka pun. Lagi pun sebagai Penjawat Awam mereka tidak boleh menjawab tuduhan ini dalam media.  They have to remain silent. Not fair lah - kau orang hebohkan nama mereka dalam Kenyataan Media. Nampak sangat kau jadi buli. 

Tuan-Tuan, dari dulu sampai sekarang Pak Arab geng onta ini tak peduli pada kita. Mereka hanya hormat bangsa sendiri dan geng kulit putih. 

Tambah lagi Pak Arab UAE itu terlibat curi duit 1MDB. Tuan-Tuan sudah lupa IPIC ke? 

 

"In the call Najib is heard begging the Abu Dhabi Crown Prince Mohammed to help him out by pretending that his younger brother Sheikh Mansour (head of Abu Dhabi sovereign wealth fund IPIC) had lent the money to Riza on the basis that the scandal was “embarrassing for both countries” and might harm people dear to the Crown Prince."

Putera dan anak raja Pak Arab UAE juga terlibat curi duit 1MDB. 

Sebelum itu pada tahun 1990an Pak Arab saintis penipu pukau Dr Mahathir dan curi lebih RM700 juta duit kita. 

Bila depa nak sakau duit, geng Pak Arab ini semua datang jumpa orang Melayu.  Mereka tahu orang Melayu syok kepada Pak Arab, (juga kepada Bollywood, Pakistan dan Mat Salleh). So Pak Arab sakau habis lah.

Kalau berlaku bencana atau banjir kita tak pernah tengok Pak Arab jenguk kepala pun untuk membantu kita. Yang paling ketara adalah sewaktu Tsunami 2004 yang korbankan lebih 250,000 penduduk Indonesia. Tidak ada satu NGO atau kerajaan Arab yang hulurkan bantuan kepada Indonesia, Thailand atau Sri Lanka.  Mereka tidak ambil peduli.

Arab Saudi hanya tahu naikkan kos haji. Itu saja. 



Tambah buruk lagi Malaysia sekarang sudah jadi negeri kartun, di mana perdana menteri bertukar tiap dua tahun, perdana menteri tak mahu / tak tahu cakap bahasa Inggeris dan pelbagai cerita kartun lagi. 

Tambah lagi duta khas kita ke Timur Tengah pula tidak disenangi Pak Arab sebab duta kita itu penyokong kumpulan yang sudah diharamkan sebagai teroris oleh Arab Saudi dan UAE.  

Jadi Pak Arab pun tidak peduli kat Malaysia dah.


 Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.