KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen pembangkang menyarankan supaya akta penggal tetap diwujudkan bagi memastikan pembubaran Parlimen hanya dilakukan apabila penggalnya tamat.
Sim Tze Tzin (Bayan Baru-PH) berkata, ini kerana akta lompat parti hanya salah satu penyelesaian ketidakstabilan politik negara.
“Saya juga cadang akta penggal tetap dibuat seperti di United Kingdom (UK) di mana Parlimen takkan dibubarkan lima tahun supaya tidak ada ugut bubar Parlimen untuk pilihan raya dipercepatkan,” katanya ketika membahaskan pindaan Perlembagaan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau juga meminta supaya pembangkang tidak dipinggirkan dan mahu kerajaan melaksanakan memorandum persefahaman (MOU) bersama pembangkang.
“Ini kerana pembangkang selalu dipinggirkan dari segi dasar dan perundangan,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.