`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, April 11, 2022

3 beranak maut kemalangan 3 kenderaan

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Kamarulzaman Jusoh berkata dalam kejadian 1.30 tengah hari semua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala. (Gambar Bomba)

KUANTAN: Tiga beranak maut selepas Perodua Kancil dinaiki terlibat kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 128 Jalan Kuantan-Johor Bahru di Rompin hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Kamarulzaman Jusoh, berkata dalam kejadian 1.30 tengah hari semua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

Mangsa terkorban adalah Nur Rawiyah Abu Samah, 25, yang juga pemandu kereta manakala dua lagi mangsa iaitu ibu dan bapa Nur Rawiyah, Saripah Ab Malek, 59, dan Abu Samah Mohamed, 74, semuanya beralamat di Kampung Gading, Jalan Muadzam Shah, Rompin.

Cucu Abu Samah dan Saripah yang berusia setahun Muhammad Harraz Mikhael Shafiq Hayqal bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila van dipandu pekerja syarikat penghantaran dari Leban Chondong ke Kuala Rompin hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar kereta mangsa dan sebuah lori,” katanya ketika dihubungi.

Kamarulzaman berkata, pemandu van berusia 24 tahun dari Kampung Tengah, Kuantan, dilaporkan patah bahu dan cedera kedua-dua kaki manakala pemandu lori berumur 49 tahun dari Rompin luka di tangan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Rompin untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.