`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, April 11, 2022

Penyelarasan gagal termasuk tiada perarakan kereta sebab duta diarah pulang, kata Wisma Putra

 

Wisma Putra berkata, Ismail Sabri Yaakob terpaksa menunggu lama di ruang ketibaan bagi urusan pelepasan pasport, malah kawalan keselamatan yang sepatutnya disediakan juga tidak ada. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Duta Besar ke Emiriah Arab Bersatu dan Konsul Jeneral di Dubai diarah pulang kerana gagal menyelaras urusan pentadbiran dan logistik bagi lawatan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebagaimana SOP, termasuk menyediakan perarakan kereta.

Wisma Putra berkata Ismail terpaksa menunggu lama di ruang ketibaan bagi urusan pelepasan pasport, malah kawalan keselamatan yang sepatutnya disediakan juga tidak ada.

Katanya, ketua perwakilan Malaysia harus menyediakan liputan dan kawalan keselamatan serta perarakan kereta untuk perdana menteri “dalam apa keadaan sekalipun”, walaupun kerajaan tuan rumah tidak dapat menyediakan taraf tetamu.

“Tindakan memanggil balik kedua-dua pegawai tersebut bukan sesuatu luar biasa dan dibuat melalui perundingan dengan pihak-pihak yang berkenaan, termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam,” katanya.

Kenyataan Wisma Putra itu sekali gus mengesahkan laporan FMT semalam bahawa Duta Besar Tarid Sufian dan Konsul Jeneral Hasril Abdul Hami dipanggil pulang berhubung lawatan Ismail ke UAE pada 29-31 Mac lepas, sempena Ekspo 2020 Dubai.

Menurut laporan FMT, Tarid dan Hasil diarah pulang dan ‘direhatkan’ berikutan isu sambutan ketibaan Ismail. Menurut sumber, hanya mereka satu-satunya pegawai kanan yang hadir di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan beliau.

“Kementerian Luar Negeri kesal kerana tulisan tersebut bukan sahaja mengandungi maklumat yang tidak tepat, malahan lebih bersifat spekulasi dan tohmahan yang tidak berasas,” katanya.

Sebaliknya, lawatan Ismail berjaya mencapai objektif yang disasarkan, antaranya menghadiri majlis pemeteraian beberapa memorandum persefahaman antara syarikat Malaysia dan syarikat antarabangsa.

Perdana Menteri turut menghadiri majlis penutup Sidang Kemuncak Kerajaan Sedunia (WGS) pada 30 Mac, “melalui inisiatif pimpinan tertinggi kementerian yang mengiringi” Ismail, dan berjumpa dengan Perdana Menteri UAE, Mohammed Rashid Al Maktoum.

Berhubung WGS itu lagi, kementerian berkata Tarid dan Hasril gagal memaklumkan kepadanya tentang penganjuran sidang itu. Ismail diundang menghadiri majlis penutup sidang itu oleh Menteri Kerjasama Antarabangsa UAE, Reem Ebrahim Al Hashimy, pada hari yang sama.

“Sekiranya pimpinan tertinggi kementerian telah dimaklumkan awal tentang penganjuran WGS, pastinya usaha telah dibuat supaya perdana menteri menyampaikan ucapan di program tersebut,” katanya.

Tambahnya, Menteri Ekonomi Digital UAE, Omar Sultan Al Olama, mengundang perdana menteri untuk menyampaikan ucaptama di WGS tahun depan.

Kementerian berkata masalah tidak akan berlaku sekiranya penyelarasan dibuat lebih awal, kerana kerajaan UAE menyediakan semua kemudahan kepada perdana menteri sebagai ketua kerajaan sehingga ke akhir lawatan.

“Kerajaan UAE telah mengaturkan ‘static guards of honour’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.