`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, April 15, 2022

Antara Orang Tua, Orang Muda Dan Orang Yang Ada / Tidak Ada Idea

 Yang berikut adalah sedutan daripada artikel tulisan sdra Feisal Tehrani dalam akhbar online FMT. Saya ada sedikit ulasan selepas ini:


 

 

 
https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2022/04/07/balik-balik-orang-tua-mencatur-politik/

Pada 31 Julai 2008, entah tidak semena-mena kenapa, wartawan bertanyakan kepada saya satu soalan cepu emas, patutkah Anwar Ibrahim digantikan. Mungkin soalan beliau itu persis bukan begitu, tetapi maksudnya sipi-sipi ternyata mempersoalkan kedudukan Anwar dan usaha penggantian beliau.

Saya membalas soalan beliau yang kemudian dikarang semula sebagai sebuah esei dengan tajuk “Writing for Change” begini; “the whole world is changing for a perspective from the young and for new ideas. I think Malaysia should walk a similar road.”

Hampir 15 tahun kemudian dalam berita-berita politik minggu ini kita akan melihat muka lapuk yang sama. Sejak 2008 sehingga 2022, nama yang masih berlegar dalam politik tanahair masih orang yang itu. Mereka tidak jelak bermain politik, meskipun negara ini sedang menuju kerobohan.

Anwar Ibrahim. Mahathir Mohamad. Anwar Ibrahim. Mahiaddin Yasin. Anwar Ibrahim. Najib Razak. Anwar Ibrahim. Abdul Hadi Awang. Anwar Ibrahim. Lim Guan Eng. Anwar Ibrahim. Azmin Ali. Anwar Ibrahim. Mohd Sabu. Anwar Ibrahim. Ahmad Zahid Hamidi. Anwar Ibrahim. Kemudian Mahiaddin Yasin. Anwar Ibrahim. Kemudian ulang lagi. Semuanya ego sendiri-sendiri.

Sedar tidak sedar kita yang berada di luar politik berasa mual, muak, menyampah, jelak, semak, rimas, jeluak, jijik, geli, meluat, geram, benci dan ulang lagi mual, muak, menyampah, jelak, semak, rimas, jeluak, jijik, geli, meluat, geram, dan benci dengan formula generasi lama, petua orang tua, aturan para “senior”, dan percaturan atau percekcokan yang semuanya terjadi kerana mereka.

Orang politik tidak sedar bahawa mereka tiada idea baharu. Orang politik dalam buih dan busa mereka sendiri tidak tahu yang rakyat terbanyak sudah mual, muak, menyampah, jelak, semak, rimas, jeluak, jijik, geli, meluat, geram, dan benci sehingga tidak mahu turun mengundi.


Malah rasa mual, muak, menyampah, jelak, semak, rimas, jeluak, jijik, geli, meluat, geram, dan benci itu membuatkan sesetengah daripada kami, rakyat berfikir begini, nah berilah negara ini kepada anjing penyamun penyangak dan pencuri kerana pada 2018, tatkala kami berfikir jernih dan mengundi kalian, negeri ini dijahanamkan dengan pengkhianatan demi pengkhianatan.

Akan tetapi ahli politik masih tidak sedar. Tiga kali pilihan raya negeri, rakyat sudah memberi “signal” haram jadah untuk melantakkan negara kepada penjarah berbibir merah, pun ahli politik tua masih tidak mahu diganti.

Satu hal yang dilupakan oleh kaum tua ialah Ismail Sabri berusia 62 tahun. Untuk menggerakkan dan memacu kembali politik yang mengalami kelesuan dan kelemasan ini, kita memerlukan pemimpin yang lebih muda daripada Ismail, dan bukan yang lebih tua daripadanya. Bermula era Ismail parameter tua bukan lagi 96 tahun, sebaliknya had ialah 62 tahun. Ini menjadikan sebahagian besar pemain politik dalam gelanggang di usia lanjut dan tidak lagi sesuai bersilat atau berkincah di medan.

Pemain politik kita hari ini – yang menentukan semua dasar kita – terdiri daripada mereka di usia 70 tahun sehingga 80 tahun. Mereka dalam had umur tersebut dikelompokkan sebagai individu septuagenarian. Anwar adalah septuagenarian (74 tahun), demikian juga Mahiaddin (74 tahun). Abdul Hadi Awang juga di usia yang sama (74 tahun), merupakan seorang septuagenarian.

Manakala Salahuddin Ayub (60 tahun), Lim Guan Eng (61 tahun), Ismail Sabri (62 tahun), Mohd Sabu (67 tahun), Zahid Hamidi (69 tahun), Shafie Apdal (64 tahun), Mohamad Hasan (65 tahun), dan Najib Razak (68 tahun) semuanya dalam kategori sexagenarian.

(OSTB: Kalau saya boleh tambah sikit, jangan lupa pemain politik yang termasuk "over-sexed generation", contohnya sdra septuagenarian tadi.)

Lim Kit Siang yang sudah turun takhta berusia 81 tahun dalam kategori octogenarian sementara Dr Mahathir yang juga telah mengumumkan pengunduran di usia 96 tahun seorang nonagenarian. 

Jika had usia muda dalam politik ini dibincangkan (iaitu had umur Ismail Sabri), maka Malaysia sepatutnya dipimpin oleh pemimpin matang dalam usia 40-an atau 50-an. Pemimpin negara ini harus lebih muda daripada Ismail iaitu 62 tahun.

Kompleksiti dan keruwetan urusan negara di era pasca pandemik ini menuntut pemimpin yang bertenaga, dan punya banyak idea. Bukannya kaum tua yang berkobar-kobar bernafsu mengejar jawatan tetapi bankrap idea untuk membangunkan negeri. Malah bukan sahaja berusia lanjut, mereka ikut terpisah jauh daripada realiti generasi muda.

Malaysia memerlukan formula baru selepas kelesuan oleh Langkah Sheraton yang ditaja dan dilakukan oleh kaum tua dalam politik. Pengundi jelak dengan Anwar Ibrahim. Mahathir Mohamad. Anwar Ibrahim. Mahiaddin Yasin. Anwar Ibrahim. Najib Razak. Anwar Ibrahim. Abdul Hadi Awang. Anwar Ibrahim. Lim Guan Eng. Anwar Ibrahim. Azmin Ali. Anwar Ibrahim. Mohd Sabu. Anwar Ibrahim. Zahid Hamidi. Anwar Ibrahim. Kemudian Mahiaddin Yassin. Anwar Ibrahim. Kemudian ulang lagi. Semuanya ego sendiri-sendiri.


My Comments  : Di sini saya punya pendapat lain sikit. 

Bagi saya yang lebih penting adalah 'kematangan' atau 'maturity' masyarakat itu pada keseluruhannya yang juga sangat penting. Bagi suatu 'mature and educated society',  jurang perbezaan kepakaran antara golongan tua dan muda mungkin tidak begitu jauh. Walaupun demikian orang yang mempunyai lebih banyak pengalaman dan pengetahuan biasanya lebih berusia. 

Dari segi pimpinan politik, antara pemimpin yang berjaya atau memberi kesan yang besar kepada negara dan masyarakat mereka termasuk Prime Minister Winston Churchill, United Kingdom (died 81 yrs old), Chancellor Konrad Adenauer (Germany, died 87 yrs), PM Lee Kuan Yew (died 92 yrs), dan yang paling berjaya pada tahap dewa ajaib adalah Deng Xiaoping pemimpin China (died 93 years old)

Chairman Deng Xiao Ping pemimpin China yang dikagumi dewa-dewa kayangan

 

Sehingga akhir kerjaya mereka sebagai pemimpin kesemua 'pemimpin tua' ini sangat kreatif, sangat competent dan berjaya memimpin negara masing-masing. Juga Angela Merkel dan Margaret Thatcher.

Personal favourite saya adalah Donald Trump dan Ronald Reagan dua presiden Amerika yang telah menyumbangkan pemikiran baru di Amerika Syarikat. Kedua-duanya berusia lebih 70 tahun ketika menjadi presiden.

 

 Donald Trump menjadi presiden Amerika pertama berani menjejak kaki di Korea Utara.

Tetapi di kalangan masyarakat yang masih membangun pula (seperti di Malaysia) ramai penduduknya masih kurang matang (immature society) di mana all across the board masih tidak terjumpa orang yang mempunyai kaliber atau keupayaan yang cukup untuk majukan negara. Negara kita termasuk kategori ini. Kita tidak perlu rasa malu atau segan sebab negara kita masih muda. We are a developing society. Tetapi kita perlu mengatasi kelemahan ini secepat mungkin - pada kelajuan yang maksimum. 

Yang merumitkan keadaan ialah penggubal dasar, ahli politik oportunis dan geng lebai sering kali 'exacerbate' (make the problem worse) keadaan ini dengan berpegang kuat kepada kepercayaan yang tiada kebenaran, tiada lojik, tiada rasional, bukan saintifik dan kolot. Contohnya ialah politik perkauman, identiti budaya dan tradisi yang diwarisi sejak Zaman Batu tanpa perubahan - diiringi karut marutnya, agama fanatik dan ekstremis yang juga diiringi karut-marutnya.

Tetapi dalam negara kita kenyataan seperti ini pun perlu ada 'pengecualian'. Pengecualiannya ditentukan oleh bangsa atau kaum.

Bukan semua kaum dan bangsa di negara kita bermasalah sedemikian. Setuju tak setuju, suka tak suka orang Cina dan India mampu majukan segala usaha dan kerjaya mereka (jika mereka tidak menghadapi diskriminasi dan halangan). Dan contoh besar adalah sekumpulan rakyat 'tanah air' kita yang telah berjaya mendirikan sebuah negara merdeka bernama Singapura yang sekarang menjadi negara terkaya di dunia (ikut perncapaian per capita GDP-nya).  Kita tidak boleh nafikan penduduk Singapura adalah serupa dengan penduduk Malaysia.

Masalah tidak ada idea yang baru, tidak cukup kreatif dsbnya adalah khusus kepada kaum Melayu dan bumiputera di Semenanjung sahaja. This is a Semenanjung problem. Selama 52 tahun sudah kita dengar lagu lapuk 'jurang perbezaan ekonomi'.  'Jurang perbezaan ekonomi' tidak lain kecuali kata laluan (secret password) yang bermaksud orang Melayu masih terkebelakang. Itu saja.  Bangsa lain pula tidak mempunyai masalah yang serupa.

There are a few historical factors for this. Contohnya di negara kita kebolehan menulis dan membaca (literacy) secara berluasa di kalangan orang Melayu bermula pada penghujung tahun 1960an.  Sebahagian besar penduduk kita di pendalaman tidak mempunyai peluang bersekolah sehingga tahun 60-70an. Itu pun baru bermula untuk membaca dan menulis. Belum lagi ke tahap baca Magna Carta, Voltaire atau falsafah - yang sudah menjadi kebiasaan di peringkat persekolahan di negara maju.

Jadi pengalaman, kepakaran dan kematangan memikir (maturity) masih 'in short supply' dalam masyarakat kita. Jadi dalam keadaan demikian, kemungkinan besar 'older generation' akan mempunyai pengalaman yang lebih daripada younger generation. 

Tetapi ini lebih kena kepada masyarakat Melayu / bumiputera. Hence the never ending phrase "jurang perbezaan ekonomi".

Jika kita melihat kepada keseluruhan tenaga manusia pelbagai kaum negara kita, Malaysia sudah lama mempunyai kepakaran dan kemahiran yang sangat advanced. Dalam pelbagai bidang, bukan bumiputera sudah mencapai kejayaan yang dikagumi masyarakat antarabangsa. Sebagai businessman, sebagai saintis, penulis, artis, pelakon Hollywood dsbnya mereka telah lama menembusi kejayaan di persada antarabangsa.  

Tetapi di sebabkan politik perkauman, politik ego, politik agama, ego agama dan serupanya maka all that human talent dalam negara kita di abaikan (just ignored) - dengan begitu saja.  Politik perkauman berkata "orang Melayu perlu untuk "reinvent the wheel" atau mencipta semula roda dengan sendiri

 


 


The fact that kaum lain, bangsa lain sudah pun begitu lama majukan 'roda' yang canggih dan yang laju diketepikan begitu saja.

Jika datang profesor bangsa  Cina yang mahir, pakar dan world authority pun dia tidak boleh jadi naib cansellor ataupun dekan di university awam (IPTA). Dia Cina dulu, professor kemudian. 

Datang pula seorang professor Melayu tahap 'kangkung' pun (saya pinjam istilah ciptaan arwah Prof Syed Hussein Alatas dulu) yang ada PhD tempatan  maka dia akan terus dinaikkan pangkat menjadi dekan, naib canselor dsbnya. Dia Melayu dulu, professor kemudian. 

Dan sistem pendidikan kita pun di tukar. Padahal sistem pendidikan kita yang dulu (yang di warisi daripada British)  adalah sempurna atau perfect. Pada masa itu sistem pendidikan Malaysia sebiji serupa dengan sistem pendidikan Singapura. Kedua Malaysia dan Singapura mengambil peperiksaan Cambridge 'O' Levels. Kita sebut sebagai MCE (Malaysia Certificate of Education) yang kemudian tukar jadi SPM. Mata pelajaran sekolah, cara mengajar semunya serupa. Dan bahasa pengantarnya bahasa Inggeris. Singapura tidak menukar sistem mereka sampai ke hari ini. 

Kita pula telah 'Melayukan dan agamakan' segala aspek sistem pendidikan. Bahasa Melayu terus padamkan bahasa Inggeris. Setiap tahun Kerajaan AGIHKAN kontrak beratus juta Ringgit kepada kroni-kroni pencetak buku Melayu dan pencetak buku agama. Dalam sekejap masa saja 'nexus' atau 'axis' atau paksi pencetak buku Melayu dan pencetak buku agama menjadi lobi yang sangat berpengaruh dalam POLITIK AGIH MENGAGIH PERUNTUKAN EDUCATION BUDGET . Memang pun pada setiap tahun budget atau belanjawan untuk pendidikan adalah yang terbesar sekali (RM67 Billion atau hampir 20% belanjawan 2022).

Lagi banyak pengajian agama dan penggunaan bahasa Melayu di sekolah maka lagi kaya lah kaum pencetak buku.   It is as simple as that.  You cannot deny, dasar pendidikan pun sudah terpengaruh DASAR AGIH MENGAGIH kontrak mencetak buku.

Singapura pula tidak ubah sedikitpun dasar pendidikan yang lama yang memang sudah terbukti kejayaannya (proven to be successful). 


 

Apakah akibatnya? Akibatnya ialah apa yang kita boleh melihat hari ini. Ratusan ribu graduan universiti menganggur. Bukan saja tiada peluang pekerjaan tetapi ramai daripada mereka adalah unemployable dalam bidang pengajian masing-masing. 

Graduan engineer IPTA gagal berfungsi baik sebagai engineer terutama sekali di sektor swasta yang sangat competitive. Bila professor dan dekan IPTA dinaikkan pangkat ikut bangsa dan agama dan bukan atas dasar meritokrasi (tanpa kira bangsa dan agama) maka anak murid pun akan turut kecundang. Inilah yang telah berlaku dan masih sedang berlaku dalam negara kita sejak 52 tahun yang sudah.

ITULAH PUKULAN MAUT PERTAMA.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia sejak tahun 1960an:

 

PUKULAN MAUT KEDUA  ialah kita telah menjahanamkan perjalanan sistem ekonomi yang baik dan efisien yang telah wujud sekian lama dalam negara kita. 

Pemimpin yang tidak faham apa benda pun mengenai apa-apa pun tiba-tiba menjadi pakar ekonomi taraf dunia pula, dan mereka membentuk Dasar Ekonomi Baru atau DEB. DEB itu bukan dasar ekonomi pun. Ia hanyalah gimik politik (political gimmick) yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan sebarang theory ekonomi dalam dunia ini.

DEB itu tidak lain kecuali dasar AGIH MENGAGIH KEKAYAAN NEGARA ikut dasar perkauman atau rasis. Dan sepertimana yang boleh disangkan, dalam sekelip mata saja DEB bertukar menjadi  ekonomi kaum elit, ekonomi berlesen monopoli, ekonomi GLC, ekonomi syarikat konsesi 25 tahun, 35 tahun, ekonomi projek besar, ekonomi projek tak jadi dsbnya.

There is a simple reason kenapa DEB cepat bertukar menjadi dasar ekonomi kroni dan elit. Sebab memang tidak ada natural system untuk AGIH MENGAGIH KEKAYAAN NEGARA. AGIH MENGAGIH KEKAYAAN maksudnya keputusan (decision making) untuk kongsikan kekayaan negara tidak lagi bergantung kepada meritokrasi, persaingan  dan keadaan pasaran. 

Sebaliknya yang akan AGIH MENGAGIHKAN KEKAYAAN NEGARA adalah ahli politik. PM, Menteri Besar, Menteri, Exco Negeri dsbnya. Maka jadilah sistem 'political patronage'. Of course mereka akan AGIHKAN KEKAYAAN NEGARA SESAMA penyokong mereka - sebab mereka mahu survive.  





Tunjang utama dan tulang belakang ekonomi  AGIH MENGAGIH KEKAYAAN NEGARA ini bergantung kepada DUIT RAKYAT. Omputih kata 'taxpayers funds' atau 'public funds'.  Dan majority paling besar taxpayers funds dalam negara kita datangnya daripada sumbangan cukai oleh kaum bukan Melayu. Malang sekali terlalu ramai ahli politik parti-parti Melayu sering mengungkitkan isu-isu perkauman tanpa menyedari bahawa   tanpa sumbangan cukai dan hasil oleh bukan Melayu, maka politik AGIH MENGAGIHKAN kekayaan negara pun tidak boleh menjadi.

Anyway,  realiti sekarang ialah negara kita sedang sakit kritikal. Tidak mustahil negara kita (terutama sekali masyarakat Melayu / bumiputera) akan ditimpa bencana besar seperti yang berlaku di Lebanon, Sri Lanka, Pakistan, Mesir dan Turki. Negara-negara itu sudah pun hancur.

Jadi pimpinan kreatif yang diperlukan sekarang ialah bagaimana cara tercepat untuk kembalikan negara kita kepada keadaan asalnya  sebelum tibanya bencana besar Dasar Ekonomi Baru.  Dan untuk mencari cara terbaik bagi memastikan orang Melayu / bumiputera (yang masih banyak bermasalah) boleh menyertai sistem lama yang sudah pun proven itu.

The huge mistake which is what the New Economic Policy has become is that instead of finding creative methods of advancing the capacity and capability of the Malay / bumiputera community to participate successfully in a free and meritocratic economy we instead destroyed the economic system and crippled it so that the Malays could use their crutches (tongkat) to slow the economy down even further.  This is what has happened.

Jadi sasaran kita sudah tersilap. Yang perlu di repair dan diperbetulkan itu bukan sistem ekonomi negara kita.  

Yang perlu di repair dan diperbetulkan itu adalah masyarakat Melayu / bumiputera.

Kita telah cuba repair atau perbetulkan sistem ekonomi negara kita yang tidak rosak pun.

Dan kita masih tidak perbaiki banyak isu dan masalah masyarakat Melayu / bumiputera

Inilah keadaan negara dan masyarakat kita sekarang.  

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.