`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, April 9, 2022

Bapa maut, anak melecur kebakaran rumah teres

 

24 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Indera Mahkota dan Kuantan terlibat dalam operasi memadam kebakaran yang memusnahkan 50% rumah tersebut, kata bomba. (Gambar Bomba)

KUANTAN: Seorang lelaki maut manakala anaknya melecur dalam kebakaran sebuah rumah teres di Kampung Padang Perdana 6, yang dipercayai bermula di bahagian dapur pada 11.40 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa Mohd Asri Idris, 39, yang merupakan pesara tentera ditemui dalam keadaan melecur di dalam bilik air di dapur rumah tersebut.

“Siasatan awal dengan anak sulung mangsa memaklumkan ayahnya ada membaiki dapur gas kira-kira setengah jam sebelum kebakaran berlaku selepas ibunya mengadu berlaku kerosakan pada peralatan itu,” katanya semasa dihubungi.

Wan Mohd Zahari berkata kebakaran juga menyebabkan anak mangsa Muhammad Aqid Aisy, 8, melecur di muka, tangan dan kaki kerana difahamkan dia tidur di dalam sebuah bilik sebelum berjaya diselamatkan oleh jiran.

Isteri mangsa dan tiga lagi anak berusia antara empat dan 13 tahun tidak mengalami kecederaan.

Wan Mohd Zahari berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata 24 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Indera Mahkota dan Kuantan terlibat dalam operasi memadam kebakaran yang memusnahkan 50% rumah tersebut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.