PETALING JAYA: Warga Singapura di Malaysia yang mempunyai saman trafik tertunggak serta waran tangkap tidak akan dibenarkan keluar dari negara ini, kecuali mereka membayar saman itu.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Mat Kasim Karim berkata, ini akan berkuat kuasa apabila sistem Kutipan Caj Jalan dan Permit Masuk Kenderaan dilaksanakan dalam masa terdekat.
“Berdasarkan ini, polis akan mendapatkan maklumat yang diperlukan berhubung pesalah trafik,” katanya dalam kenyataan.
Mat Kasim berkata, polis boleh mengimbas nombor pendaftaran kenderaan untuk mengetahui jumlah saman tertunggak.
“Mereka (pesalah trafik Singapura) hanya dibenar meninggalkan Malaysia, sekiranya mereka menjelaskan semua bayaran saman,” katanya.
Selain itu, polis sedang menggunakan 40 peranti pengimbasan di bawah Sistem Kompaun Dalam Talian Pintar (iCOPS) untuk mengesan pesalah trafik, termasuk mereka yang mempunyai saman dengan waran tangkap.
Mat Kasim mendedahkan polis mengeluarkan 143,427 saman atas pelbagai kesalahan trafik sejak 2016 hingga tahun lalu, tetapi hanya 34,636 saman yang dijelaskan. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.