`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, April 27, 2022

Gara-gara cuba elak denda kad pengenalan hilang, remaja buat laporan palsu

 

Sebanyak 14 kes laporan palsu dengan 12 kes telah didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan pada tahun lalu, menurut polis.

PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan sanggup membuat laporan polis palsu yang mendakwa dirinya diragut semata-mata untuk mengelakkan daripada didenda kerana kehilangan kad pengenalan.

Remaja berusia 18 tahun itu mendakwa telah diragut seorang penunggang motosikal lelaki yang tidak dikenali ketika berjalan kaki di Jalan Puteri 1/6, Bandar Puteri Puchong, Puchong.Ketua Polis Daerah Serdang A Anbalagan berkata hasil siasatan mendapati remaja tersebut membuat laporan palsu dan pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

“Remaja tersebut telah dituduh hari ini di Mahkamah Petaling Jaya,” katanya dalam kenyataan, malam semalam, lapor Bernama.

Anbalagan berkata pihaknya menerima 14 kes laporan palsu dengan 12 kes telah didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan pada tahun lalu.

Katanya, sebanyak tiga kes melibatkan laporan palsu diterima pihaknya tahun ini dengan dua sudah dituduh di mahkamah.

“Kita menasihatkan orang ramai tidak membuat laporan polis palsu dengan mengambil jalan mudah bagi mengelakkan diri daripada dikenakan denda,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.