`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, April 27, 2022

Mayat lelaki tanpa pakaian ditemui di Sungai Jinjang

 

Mayat lelaki tanpa pakaian itu ditemui di Sungai Jinjang berhampiran Flat Taman Sri Murni Fasa 1, Batu Caves, menurut polis.

PETALING JAYA: Mayat seorang lelaki tanpa pakaian yang disyaki telah meninggal dunia lebih 24 jam ditemui di dalam Sungai Jinjang berhampiran Batu Caves petang semalam.

Bagaimanapun, mayat yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an itu tidak dapat dikenal pasti identitinya, menurut polis.

Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada 3.25 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Jinjang dikerah menjalankan siasatan di lokasi kejadian, iaitu di Sungai Jinjang berhampiran Flat Taman Sri Murni Fasa 1, Batu Caves.

Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang turut hadir untuk membantu mengangkat mayat naik ke atas tebing, katanya.

“Siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri mangsa dan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah,” katanya semalam, menurut laporan Harian Metro.

Mangsa dirujuk kepada pihak Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya, tambahnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-4048 2206, talian penting Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau pegawai penyiasat Sarjan Rosdi Yusof dari Balai Polis Jinjang di talian 03-6257 2222 / 012-6580597. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.