`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, April 10, 2022

Imam berjubah antara 8 ‘mat rempit’ ditahan

 

(Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Seorang imam di sebuah masjid di Rantau Panjang, Klang, menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan, awal pagi tadi.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Mohd Nadzri Hussain, lelaki berusia 20 tahun itu melakukan aksi berbahaya sambil menunggang motosikal dengan memakai jubah.

Dia antara lapan individu lain berusia 14 hingga 24 tahun yang turut ditahan dalam operasi itu selepas dikesan menunggang secara berbahaya. Semua suspek ditahan di sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur.

Nadzri berkata operasi khas itu dibuat di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Shah Alam (Kesas).

“Penunggang motosikal didapati melakukan aksi ‘Superman’ sambil menunggang pada kelajuan tinggi. Mereka yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan Klang Selatan untuk siasatan,” katanya, menurut laporan Berita Harian.

Dalam pada itu, Nadzri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 28A Akta Pengangkutan Jalan 1987. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.