`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, April 3, 2022

JAIM cadang beri notis kepada umat Islam bawa rokok sebelum jam 2 petang

 

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka, Che Sukri Che Mat berkata notis terhadap perokok itu itu bukan untuk kompaun atau denda, sebaliknya satu cara berhemah bagi mengekang perbuatan menjurus kepada ponteng puasa. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bercadang memberi notis kepada mana-mana umat Islam di negeri ini jika dikesan membawa rokok sebelum jam 2 petang sepanjang Ramadan ini.

Pengarahnya, Che Sukri Che Mat berkata, notis itu bukan untuk kompaun atau denda, sebaliknya satu cara berhemah bagi mengekang perbuatan menjurus kepada ponteng puasa.

“Selepas ini pendekatan kita, penguat kuasa operasi akan bagi notis kepada individu yang didapati membawa rokok untuk dia hadir ke pejabat JAIM.

“Tujuannya bukan nak saman dia, ini hanya peringatan supaya perkara ini tidak berlaku lagi,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Operasi Plastik Hitam Bersendawa di sekitar daerah Melaka Tengah, hari ini.

Che Sukri berkata, JAIM juga mungkin akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri bagi menguatkuasakan pendekatan itu.

Seramai 10 anggota penguat kuasa JAIM diketuai Che Sukri bersama Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Negeri Melaka, Akmal Nadzim Abdullah terbabit operasi selama hampir dua jam itu yang mensasarkan lokasi panas ‘port’ kaki ponteng.

Menurut Che Sukri, pendekatan berhemah itu bakal dilaksanakan selepas pihaknya mengesan ramai umat Islam membawa rokok di dalam poket, namun mendakwa mereka berpuasa.

“Pelbagai alasan diberikan, namun tindakan mereka membawa rokok dan pemetik api sebelum jam 2 petang boleh menimbulkan syak dan wajar dielakkan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.