`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 14, 2022

Murid dakwa cedera dipukul guru, bapa lapor polis

 

Polis berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipukul dengan tangan dan pemeriksaan doktor di Hospital Bentong telah mengesahkan kecederaan akibat dipukul itu. (Gambar fail)

KUANTAN: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang murid perempuan Tahun 4 dipukul seorang guru lelaki sehingga mengalami kecederaan tisu lembut.

Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham Mohd Kahar, berkata laporan polis yang dibuat bapa mangsa pada 9.59 malam Isnin lalu mendakwa guru lelaki berusia 50 tahun itu memukul belakang badan anaknya.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipukul dengan tangan dan pemeriksaan doktor di Hospital Bentong telah mengesahkan kecederaan akibat dipukul tersebut,” katanya menerusi kenyataan.

Zaiham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu mendatangkan kecederaan yang boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.