`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 14, 2022

Puad tawar diri beli lukisan orang utan, katak di Dewan Rakyat

 

Puad Zarkashi berkata, beliau bersedia membeli karya seni itu sekiranya Sultan Selangor melelongnya satu hari nanti.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi menawarkan diri untuk membeli lukisan orang utan dan katak di Dewan Rakyat milik Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rengit itu berkata, beliau bersedia untuk membeli karya seni itu sekiranya Sultan Selangor melelongnya satu hari nanti.

“Jika lukisan itu milik saya, ia tidak akan dijual lagi. Saya akan hadiahkan kepada Muzium Negara untuk dipamerkan kepada orang awam,” katanya di Facebook.

Lukisan menggambarkan suasana dan tingkah laku Ahli Parlimen negara ini itu menarik perhatian warganet selepas Istana Selangor, Selasa lalu memuat naik beberapa keping gambar karya yang dibeli baginda.

Sultan Selangor dilaporkan berhasrat melelong lukisan itu suatu hari nanti dan hasil lelongan akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan.

Selain mendapat pelbagai reaksi warganet di media sosial, Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa turut memberi respons dengan menyifatkan tindakan pelukis itu sebagai melanggar etika serta adab berpandukan nilai dalam al-Quran dan Sunnah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.