`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 26, 2022

Ringgit Jatuh Gila, Risiko Hyper-Inflasi, Dasar Ekonomi Dangkal Diteruskan. Kepentingan Kaum Elit Kaya Lawan Rakyat Marhaen Miskin

 Tuan-Tuan, matawang Ringgit kita sedang jatuh teruk juga. Last week nilai Ringgit adalah RM4.23 bagi setiap dolar Amerika. Hari ini pula sudah jatuh ke RM4.33 bagi satu Dolar Amerika. 

 
Orang yang terlibat urusan Ringgit, industri pengimpot bahan mentah makin risau. Di sini ada sedikit berita. Tuan-Tuan mesti baca ulasan saya di bawah.
 
 



Prestasi ringgit sangat tidak menentu sekarang.
Ringgit sekitar 4.3165 hingga 4.3475 berbanding dolar AS minggu ini 

(OSTB : Hari ini 26/4/2022 Ringgit menurun ke 4.33 satu US Dollar)

Dari minggu ke minggu, ringgit lebih rendah berbanding dolar US
Ringgit merosot mencecah paras 4.30 berbanding dolar AS pada Jumaat

Melihat trend, tidak mustahil ringgit jatuh RM5.70 berbanding Dollar hujung 2022

(OSTB : Kalau berlaku macam itu, mampus lah kita semua).

Kesan Langsung :  kos pengeluaran naik kerana harga import bahan mentah naik 

Kesan Tidak Langsung

i.  Penutupan kilang 
ii. Penstrukturan syarikat bagi mengurangkan kos operasi syarikat. 
iii. Penangguhan perancangan pelaburan baru atau pelaburan tambahan. 
iv. Pengecilan tenaga kerja atau pemberhentian pekerja bagi industri yang terkesan.
v. Memperlahankan pertumbuhan sektor-sektor lain seperti hartanah, peruncitan, pengangkutan dan industri sokongan yang lain.

Antara kesan negatif penurunan nilai matawang RM iaitu :

Barangan Import lebih mahal.
Harga barangan akan naik
Kuasa beli rakyat kita di luar negara berkurang.
Inflasi

Juga berita daripada Berita Harian:


 

Ringgit terus menyusut berbanding dolar Amerika untuk hari ketiga
Ringgit jatuh kepada 4.25 berbanding dolar AS daripada 4.23 Jumaat lalu

Juga berita akhbar Business Times Singapura:




Malaysia's ringgit lowest level in 22 months against US dollar
to trend lower for next 3 to 6 months due to internal, external factors
currently 4.32 against USD, 3.15 to Singapore dollar - weakest in 5 years

My Comments:

Tuan-tuan, saya ada beberapa points untuk dikongsikan.

1. Harga minyak sekarang tinggi (sejak krisis Ukraine). Negara kita pengekspot minyak dan gas. Patutnya nilai Ringgit kekal atau tambah kukuh. Sebaliknya Ringgit jatuh pula. Jadi hasil duit minyak pun sudah tidak bantu mempertahankan nilai Ringgit dah.

2. Nilai matawang apa pun bergantung kepada demand atau permintaan untuk matawang itu. Jika kita banyak mengekspot barang (barang kilang, barang elektronik, barang buatan dsbnya) maka pengimpot di negara lain akan terpaksa cari Ringgit untuk bayar pengekspot kita. Maka nilai ringgit akan naik. Bila ekspot kita making kurang, atau barang ekspot kita lower quality atau lower value added maka harga ekspot pun akan murah. Maka permintaan untuk Ringgit (di kalangan pengimpot di luar negara) pun akan kurang. Nilai Ringgit akan jatuh.

Dan Tuan-Tuan, forget about palm oil, kelapa sawit dsbnya. Sumbangan INDUSTRI GERGASI kelapa sawit kepada GDP negara adalah around 2% - 3%. Besar tahi cicak saja

Ladang kelapa sawit Felda, Sime Darby, Tabung Haji, ladang kelapa sawit swasta bla bla bla punya sumbangan 2%-3% saja daripada GDP negara. Tetapi CEO pula dapat gaji juta-juta !!

Jadi harga minyak yang tinggi tak ada kesan, ekspot kelapa sawit pun tak ada kesan besar terhadap nilai matawang Ringgit.

Ekspot barangan buatan kilang yang lain-lain makin kurang. Atau nilai 'value added' barangan buatan kilang kita makin mengurang. Jadi demand atau permintaan untuk Ringgit oleh pengimpot di luar negara makin berkurangan. (They need Ringgit to pay our exporters).

Antara sebab industri kilang dan pembuatan mengalami 'slowdown' adalah disebabkan kekurangan tenaga kerja asing (extreme shortage of foreign labour in the economy).

Kilang tutup, bakery tutup, kedai mamak tutup, supermarket tutup bukan saja sebab Covid tetapi juga sebab supply pekerja asing amat terhad.

Dan untuk "mengatasi masalah kekurangan pekerja asing" Kerajaan keluarkan AP kepada bilangan syarikat yang sangat sedikit sebagai pengimpot pekerja asing. 

Maka mengimpot satu kepala pekerja Indon untuk menjadi pekerja rumah saja (house maid) sudah mencecah RM20 RIBU !!

"Some were forced to fork out over RM20,000 in initial fees to get a maid from Indonesia."

https://twentytwo13.my/news/paid-more-than-rm7800-for-indonesian-maid-lodge-report-urges-minister/

Kos untuk mengimpot setiap seorang pekerja Bangla pun sudah naik beribu-ribu Ringgit.

Jadi ramai majikan (kilang, kedai mamak, rumah persendirian, supermarket) sudah tidak mampu mengambil pekerja asing. Mereka terpaksa tutup, kurangkan operasi dsbnya. Pendek kata produktiviti mereka semua berkurangan. Apabila production kurang, eksport pun kurang.  Maka permintaan untuk Ringgit (daripada pengimpot di luar negara) pun makin kurang. The headbone is connected to the shoulder bone lah 'doh! Maka jatuhlah nilai Ringgit.

Siapakah orang kaya elit yang sungguh bertuah yang pegang AP dan permit untuk mengimpot pekerja asing itu? Mereka sedang mencekik darah pengusaha kilang, kedai mamak dan supermarket kita. Biarlah Ringgit jatuh, biarlah ekonomi kita hancur, depa peduli apa? Asalkan mereka kaya dulu.

Jadi Tuan-Tuan, marilah kita bersama-sama bancuh kopi, duduk berdengung di tepi tingkap dan melihat nilai Ringgit jatuh lagi. 

Harga barang boleh naik gila (hyperinflation), nak pergi overseas dah tak mampu dah, harga pakej haji dan umrah akan melambung naik lagi. 

Ahli politik kita semua tak faham apa yang saya tulis di sini. Pemimpin Kerajaan lagi tak faham. Penjawat Awam - tunggu time buka puasa saja.

Ahli ekonomi? Ada se-ekor tu suruh Kerajaan cap duit pula !!

Siapa faham tolong sebarkan. Siapa tak faham pi terjun dalam sungai lah.  I am fed up.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.