`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, April 10, 2022

Suami isteri warga asing ditahan guna kekerasan terhadap penguat kuasa DBKL

 

Pasangan suami isteri itu bertindak menepis tangan pihak berkuasa yang sedang merakam video sehingga menyebabkan telefon bimbitnya jatuh dan rosak. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Polis menahan pasangan suami isteri warga asing dipercayai menggunakan kekerasan terhadap penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang menjalankan tugas di hadapan sebuah bank di Selayang, petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Heisham Harun berkata pihaknya menerima laporan daripada penguat kuasa DBKL tersebut pada 6.41 petang melibatkan dua warga asing yang enggan bekerjasama dan melakukan provokasi agresif.

“Semasa penguat kuasa DBKL tersebut sedang melakukan rondaan, mereka terserempak dengan dua warga asing sedang berniaga di kawasan kaki lima bank tersebut dan bertindak menyita barangan mereka.

“Namun pasangan suami isteri itu bertindak menepis tangan pihak berkuasa yang sedang merakam video sehingga menyebabkan telefon bimbitnya jatuh dan rosak,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Heisham berkata pasangan suami isteri itu turut mengeluarkan kata-kata kesat dan meludah ke arah muka seorang daripada penguat kuasa DBKL selain mengoyakkan baju sendiri serta menuduh perbuatan tersebut dilakukan penjawat awam tersebut bagi mengelak dirinya ditangkap.

Beliau berkata ekoran kejadian itu, kedua-dua warga asing berkenaan ditahan di tempat kejadian dan direman hingga 22 April bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.