`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, April 22, 2022

TH keluarkan surat tawaran haji kepada bakal jemaah, mulai Isnin

 

TH dijangka membelanjakan RM150 juta bagi menampung kos haji yang meningkat susulan caj dan pelbagai perkhidmatan yang dikenakan kerajaan Arab Saudi, kata Pengarah Eksekutif Haji TH, Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji kepada 14,306 jemaaah haji bagi tahun ini bermula Isnin.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, jemaah diberi tempoh tujuh hari bekerja bagi menjawab surat tawaran berkenaan sama ada setuju atau sebaliknya untuk menunaikan haji tahun ini.

“Apabila kita mengeluarkan surat tawaran haji pada Isnin nanti, diminta jemaah bekerjasama dengan TH menyegerakan semua urusan supaya dapat menjawab surat tawaran ini setuju atau tidak dalam tempoh tujuh hari bekerja.

“Mereka kena siapkan pasport, pemeriksaan kesihatan, sijil vaksinasi tiga dos lengkap dan cukupkan wang bayaran haji dalam akaun TH,” katanya semasa sidang media pengumuman khas haji di Menara Tabung Haji, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai bantuan kewangan TH kepada jemaah haji, Syed Saleh berkata, TH dijangka membelanjakan RM7 billion menjelang 2030.

Bantuan kewangan TH dari 2001 sehingga 2019 sudah melebihi RM2 billion.

“Kalau selepas ini, ia akan meningkat menjelang tahun 2030 akan dianggarkan RM7 billion bantuan kewangan,” katanya.

Bagi 2022, TH dijangka membelanjakan RM150 juta bagi menampung kos haji yang meningkat, susulan caj dan pelbagai perkhidmatan yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, Malaysia diberikan 14,306 kuota haji bagi tahun ini, iaitu 45% daripada kuota tahunan biasa kerana kerajaan Arab Saudi menetapkan hanya sejuta jemaah haji untuk musim ini, berbanding 2.5 juta orang pada 2019. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.