`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, April 22, 2022

Lelaki pukul individu bantu mangsa kemalangan dicekup

 

Lelaki itu tersalah anggap terhadap mangsa yang sedang memberi bantuan kecemasan awal kepada penunggang motosikal dalam kemalangan maut di Jalan Astana, kata Ketua Polis Kuching Ahsmon Bajah. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai bertindak melulu memukul individu yang memberi bantuan kepada mangsa kemalangan maut, di Jalan Astana, Kuching, baru-baru ini, ditahan semalam.

Tindakan itu dibuat susulan tular video berdurasi 20 saat yang dimuat naik ke media sosial memaparkan seorang lelaki cedera akibat dipukul menggunakan rotan, pada 20 Apr lalu, selepas tersalah anggap individu yang sedang membantu itu terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Ketua Polis Kuching Ahsmon Bajah, berkata suspek berusia 49 tahun itu ditangkap di Kampung Astana Lot, sekitar 11.30 pagi.

Katanya, lokasi kejadian merupakan kawasan kemalangan maut melibatkan sebuah lori dengan sebuah motosikal.

Beliau berkata, penangkapan suspek terbabit dibuat susulan laporan polis oleh keluarga mangsa berikutan lelaki berkenaan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada hukuman tersebut. Selain itu, satu kertas siasatan trafik turut dibuka di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menurut laporan Utusan Borneo.

Ahsmon berkata, permohonan reman ke atas suspek akan dipohon di mahkamah majistret, hari ini.

Dalam tangkapan berkenaan, polis turut merampas sebatang rotan yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian di kawasan semak berhampiran.

Ahsmon berkata, punca kejadian disebabkan oleh salah faham selepas mangsa cuba memberi bantuan kecemasan awal kepada penunggang motosikal.

“Mangsa telah disalah anggap oleh suspek sebagai pemandu lori terbabit lalu dipukul dengan menggunakan sebatang kayu rotan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.