`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 25, 2022

Gaduh beramai-ramai di Sandakan, 21 pelajar ditahan

 

Polis berkata semua yang ditahan berusia lingkungan 14 hingga 18 tahun membabitkan pelajar daripada tiga sekolah menengah berasingan di Sandakan.

SANDAKAN: Polis menahan 21 pelajar dan seorang bekas pelajar selepas didapati terlibat dalam insiden pergaduhan beramai-ramai, di sini, yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Sandakan, Abdul Fuad Abdul Malek, berkata semua yang ditahan berusia lingkungan 14 hingga 18 tahun membabitkan pelajar daripada tiga sekolah menengah berasingan di daerah ini.

“Siasatan awal mendapati, pergaduhan berpunca daripada salah faham membabitkan pelajar terbabit.

“Polis akan melengkapkan kertas siasatan sebelum merujuk kepada pejabat peguam negara bagi mendapatkan arahan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Dalam insiden semalam, pergaduhan dilaporkan berlaku di Jalan Elopura, Sandakan.

Polis juga sudah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan berhubung insiden berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.