`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 25, 2022

Pelajar ‘samseng’ bergaduh beramai-ramai, polis buka kertas siasatan

 

Tangkap layar rakaman video menyaksikan sekumpulan pelajar menengah bergaduh di Sandakan, tular di media sosial, hari ini. (Gambar Facebook)

SANDAKAN: Polis membuka kertas siasatan berhubung pergaduhan beramai-ramai membabitkan pelajar sekolah yang tular di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Sandakan Abdul Fuad Abdul Malek, berkata siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku di Jalan Elopura, dekat sini.

Katanya, pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca pergaduhan serta mereka yang terlibat.

“Pihak polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh tampil ke balai polis terdekat untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Fuad berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu juga boleh menghubungi pegawai penyiasat iaitu Micheal Goh di nombor 016-8741216 atau 089-203223.

Kejadian yang tular di media sosial sejak 2 petang tadi, menyaksikan sekumpulan pelajar sekolah menengah bergaduh sesama sendiri.

Bagaimanapun sehingga kini, belum dipastikan sama ada kejadian itu membabitkan sebarang kecederaan atau tangkapan oleh pihak polis. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.