`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 25, 2022

SCAMMER LEBAI DAN SCAMMER AGAMA

 


Zaman ini hampir setiap hari kita baca kes orang kena tipu scammer yang menjual agama. Kes yang paling sedih bagi saya ialah kes jemaah yang terkandas di airport, terkandas tanpa bilik penginapan di rantau orang dsbnya.

Sejak dua hari ini mesej berikut telah viral dalam WhatsApp. Cuma saya lucutkan perkataan 'Islamik' sebab SCAMMER dan SCAM tiada kena mengena dengan Islam. 

SCAMMER LEBAI DAN SCAMMER AGAMA

1. Scammer Syarikat Travel Umrah

Tulis dalam iklan, hotel kat Tanah Haram 50 meter dari masjid. Turun je lif, jalan sikit dah sampai lantai putih. Makcik pakcik yang tua-tua ni sakit lutut baca iklan ni, terus amek pakej. Bila sampai nahhh! Beratus meter. 

Mutawif @ ejen pun cakap :    "Makcik pakcik ini ujian. Kat tanah haram ni jangan komplen. Nanti takut niat kita nak ibadah terhalang, habis semua jadi susah."

Makcik pulak dulu masa muda-muda langgan Mastika, terpaksa la diam je.

2. Scammer Pusat Tahfiz

Kutip derma. Resit tak dak. Surat tak dak. Audit tak dak. Bertahun-tahun kutip derma, tapi asrama student level reban ayam. Safety tak dak. Fire extinguisher tak dak. CF kantoi. Bila kita tanya nanti, dia balas:

"Zaman Nabi dulu, dinding pakai pelepah tamar je. Boleh je melahirkan generasi bertaqwa. Yang sijil mijil CF tu semua ciptaan manusia. Tak wajib ikut."

Tapi mudir keluar Mercedes CLA 200. Baik punya.


3. Scammer Founder Produk

Blend kurma dengan kismis dari China tapi claim dari Mekah. Buh habbatussauda sikit. Gula 15 gantang, packaging tulis "Makanan Sunnah". Claim boleh ubat 100 jenis penyakit. Darah tinggi, kencing manis, gout, sakit lutut, sakit sendi. Target group produk pulak untuk orang-orang tua yang dah sah-sah ada penyakit-penyakit tu.

Bila kita kata, resepi macam ni Nabi tak pernah ajar pun. Lagipun tinggi gula. Bahaya. Kalau buh kat mesin check gula tu, konfem tak boleh baca terus.

Dia balas "Inilah Melayu. Nak jatuhkan Melayu. Macam mana ekonomi Melayu nak naik?"

Senang kerja. Founder Produk kaya raya. 


4. Scammer Penceramah Selebriti @ Kursus Kahwin

Jenis dengar dia berceramah memang syok layan. Contohnya guna ayat @ h--is palsu yang sangat popular "Akak-akak kalau mintak cerai daripada ...  nanti bergegar arasy Allah. MashaAllahhh"

Arasy tu bukan kerusi urut yang bergegar-gegar ni. Kalau dah lebam biru muka kene tinju takkan tak boleh mintak cerai jugak? Bila kita tanya dalil atau sumber h--is, dia jawab :  "Wahabi!"

Simple kan? Sepatah je.

5. Scammer Parti-parti Politik Bersadurkan Agama

Masa sebelum pilihanraya, janji tadbir urus ikut agama. Janji nak tegakkan hukum agama. Masa ucapan siap petik ayat quran, ha--s, siap baca loghat badwi padang pasir. Bila dah dapat kuasa... sungai kotor, balak tebang, harga barang tak boleh kawal, zikir hu hu hu pun boleh lepas untuk amal, penceramah ajar tengok astrologi ala-ala agama pun tak kena gam. Tak nampak wajah agama tu di mana.

*************************************

Sebenarnya, P. Ramlee dulu hampir betul dah. Dalam filem Tiga Abdul, monolog Husein Lempoyang lakonan Nyong Ismail,

"Dunia.. dunia.. meniaga manusia lagi bagus daripada meniaga onta."

Hakikat yang sekarang ni..

"Dunia.. dunia.. meniaga agama lagi bagus daripada meniaga onta."

 My comments :

Yang berikut adalah sedikit ajaran Allah swt dan Rasulnya dalam Al Quran berkenaan upah atau ganjaran. Dalam al Quran kalimah 'ajran' bermaksud upah atau ganjaran.

Surah 6:90  Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Nabi) akan petunjuk mereka; Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk (Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya.

Surah 11:51  Wahai kaumku! Tiadalah aku meminta sebarang upah daripada kamu tentang (ajaran yang aku sampaikan) itu. Upahku hanyalah dari Allah yang menciptakan daku; maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal (untuk mengetahui kebenaran)?

Surah 36:21  "Turutlah orang-orang yang tidak meminta kepada kamu upah, mereka adalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk". 

Surah 36:21

it-tabi-u : ikutilah

man laa : orang yang tidak

yas-alukum : meminta dari kamu

 A J R A N  : upah / ganjaran / duit

wa-hum : dan mereka

muh-tadun : orang yang mendapat petunjuk  

Jadi awasi lah scammer yang menjual agama untuk duit.  Jangan kena tipu.


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.