`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 25, 2022

Strategi Membela Diri Di Mahkamah

 Saya pernah kongsi pendapat berkenaan kes Najib Razak dulu di mana saya telah berkata :


1. Najib tersilap strategi apabila dia mengaku duit RM2.6 Billion itu memang telah masuk ke dalam akaun peribadinya di bank. Najib tidak pernah nafikan duit itu masuk akaun dia. Jadi pengakuan Najib itu memudahkan tugas pendakwaraya untuk buktikan duit RM2.6 billion masuk akaun Najib. Cuma alasan Najib ialah 'I dont know'. Dia tidak tahu macam mana duit berbillion itu boleh masuk ke dalam akaun peribadi dia.

2. Kemudian juga tersebut bahawa sebuah keluarga Asia Barat terlibat sebagai 'menderma' duit RM2.6b itu kepada Najib. Zahid Hamidi sendiri berkata dia telah jumpa wakil keluarga penderma  itu:


TPM Zahid Hamidi mengesahkan secara peribadi sudah bertemu wakil keluarga dari Asia Barat, yang menderma RM2.6 bilion kepada PM Najib Razak.
 
 
Saya telah menulis bahawa Najib cuma perlu membawa wakil keluarga Asia Barat itu untuk memberi saksi pengakuan yang pasti boleh membebaskan Najib daripada tuduhan. Tetapi malang sekali walaupun Najib sudah DUA KALI didapati salah oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dan dijatuhkan hukuman penjara,  wakil keluarga Asia Barat itu masih tidak muncul di mahkamah. 
 
Mereka cukup cinta dan sayang kepada Najib dan sanggup menderma RM2.6 Billion kepada-nya tetapi bila Najib kena hukum penjara atas sebab RM2.6 Billion itu juga keluarga Asia Barat itu tidak datang sehari pun ke mahkamah untuk membela Najib.
 
Ok sekarang kita rujuk kes mahkamah melibatkan Zahid Hamidi pula.
 
Untuk posting ini saya rujuk laporan Berita Harian berikut:  https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/958542/setiausaha-yang-cuai-kenapa-saya-yang-kena-ahmad-zahid


 

  • Zahid Hamidi soalkan mengapa beliau dituduh pecah amanah Yayasan Akalbudi
  • disebabkan kecuaian setiausaha Mejar Mazlina Mazlan 
  • saya tidak faham, Ertinya ini cuai, yang kena saya. ini keadilan?
47 tuduhan, 12 pecah amanah, 8 rasuah, 27 wang haram 
berpuluh juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
  • pembayaran kad kredit Zahid guna duit yayasan, dibuat oleh Mazlina
  • Zahid kata kecuaian diakui oleh Mazlina mengendalikan belanja kad kredit 
  • menurut Zahid, Mazlina tidak tahu, tidak pasti, tidak ingat bil kad kredit 
Point no. 1
 
Jadi "defence strategy" yang digunakan oleh Zahid ialah setiausahanya Mejar Mazlina yang buat silap. Mejar Mazlina yang suruh Zahid sign cek daripada buku cek akaun Yayasan Akalbudi untuk membayar perbelanjaan kad kreditnya. 
 
Major Mazlina tulis cek berpuluh-puluh juta Ringgit dengan guna buku cek Yayasan Akalbudi (ikut laporan BH di atas).

Lets say puluh-puluh juta itu sekitar RM30 juta. Ini contoh saja ok.   Saya yang pilih RM30 juta sebagai contoh saja.

So Mazlina menulis cek-cek untuk berjumlah sebanyak RM30 juta daripada buku cek Yayasan Akal Budi.

Ini bermaksud bahawa baki duit dalam akaun peribadi Zahid pula mesti terjimat RM30 Juta.

So duit dalam akaun Yayasan Akal Budi kena tolak RM30 juta. 
Tetapi duit dalam  akaun peribadi Zahid mesti ada baki kurang-kurang RM30 juta.

Cadangan saya ialah why not Zahid Hamidi tunjuk  "penyata bank bulanan peribadi milik saya"  yang dia sebut itu kepada mahkamah untuk membuktikan bahawa pada waktu dan tarikh yang berkenaan memang ada duit berpuluh-puluh juta Ringgit dalam kedua akaun berkenaan ia itu akaun Yayasan dan akaun peribadinya? 

Jadi boleh lah dibuat alasan bahawa Mazlina pun terkeliru sebab terlalu banyak duit di kiri dan kanan. Berpuluh juta Ringgit dalam akaun ini, berpuluh juta Ringgit dalam akaun itu  - sehingga dia terkeliru buku cek mana satu yang patut digunakan.  Kedua-dua akaun ada duit berpuluh juta Ringgit.

Ini cadangan saja.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.