`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 5, 2022

Beberapa kampung di Taiping dilanda banjir kilat

 

Hujan lebat menyebabkan beberapa kampung di Bukit Gantang, Taiping dilanda banjir kilat. (Gambar Facebook)

IPOH: Beberapa kampung di sekitar Bukit Gantang, Taiping dilanda banjir kilat sejak petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.39 petang berkaitan banjir kilat yang melibatkan hampir 50 mangsa.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati berlaku banjir kilat sedalam satu setengah kaki berpunca daripada hujan lebat yang melibatkan beberapa kawasan.

“Kampung yang terlibat ialah Kampung Cheh, Kampung Senduk Hulu, Kampung Bukit Cempedak dan Kampung Changkat Ibol,” menurutnya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau berkata, setakat ini, pusat pemindahan sementara belum dibuka dan sesetengah mangsa banjir telah diselamatkan serta dipindahkan ke rumah jiran berhampiran. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.